Hendak sertai kami? Sila lah ke sini dan jika anda hendak berkongsi artikel di sini, hantarkan karya anda disini.

Interview: Roslee



1. Ceritakan serba sedikit tentang anda.

Nama diberi Mohd Roslee Mahyudin, berasal dari Perak tetapi kini menetap di Pulau Pinang. Bekerja sebagai Research Officer di USM dan berumur 24 tahun.

2. Sejak bila anda berminat dengan blog? Sila sertakan link untuk blog anda

Berminat dengan blog semenjak mula bekerja di Pulau Pinang ini. Mula-mula minat baca blog rakan sekerja sahaja tetapi akhirnya buat blog sendiri sekarang(http://roslee2867.blogspot.com).

3. Anda rasa blog anda sebagai satu hobi ataupun sebagai 'kawan'? Kenapa?

Blog ini saya jadikan sebagai satu hobi untuk berkongsi pengalaman serta sebagai pengerat sillaturrahim.

4. Apakah pendapat anda mengenai "Komuniti Bloggers Penang"?

Menarik kerana disini kita dapat bertemu serta membaca pelbagai blog mengenai kisah terkini atau pengalaman penulisnya.

5. dan kata-kata terakhir anda untuk sahabat-sahabat di bloggers penang?

Selamat menulis kepada semua bloggers!!!