Hendak sertai kami? Sila lah ke sini dan jika anda hendak berkongsi artikel di sini, hantarkan karya anda disini.

6 sebab aku suka tinggal di Pulau Pinang | http://luthtextile.com/

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia



Masuk tahun ni, genap la lapan tahun aku menetap di negeri Pulau Pinang Pulau Mutiara ni. Sekejap je masa berlalu. Tak sangka aku pun dah genap masuk 21 tahun pada tahun ni kan. Sebenarnya, aku masih lagi merindui tempat kelahiranku Taiping Bandar Warisan, kawasan tadahan hujan yang aku rindui selalu.

Sedar tak sedar, aku pun sayang dan sudah serasi dengan negeri yang aku pijak dan aku junjung ni. Memang aku rasa bertuah sangat sebab berada di bumi Pulau Pinang ni kerana semua ada dan semua lengkap untuk hidup aku. Tak guna juga kalau aku nak mengimbau dan terus terkenang tempat lama. Aku dah buat rumusan 6 sebab aku suka tinggal di negeri Pulau Pinang ni sejak dari tahun 2002 aku berpindah ke sini.



Satu negeri, tapi dua tempat yang berbeza



Serius dowh, mana ada tempat lain yang mempuyai dua kawasan yang berbeza dan luas? Haha, dalam Malaysia ni di Pulau Pinang sahaja yang ada dua negeri. Satu negeri di Semenanjung Malaysia dan satu lagi di seberang laut. Kalau aku bosan berkeliaran di belah seberang, akan ku rentasi lautan Selat Melaka untuk ke 'oversea' di pulau sana.

Banyak tempat menarik di Pulau Pinang berbanding di Seberang Perai. Aku suka lepak di pulau sehari suntuk. Kadang kadang, aku pegi malam pagi esok baru aku balik ke rumah. Overnight sepam dua di Penang. Best siot. Ok, ada satu fakta disini yang perlu anda ketahui

Pulau Pinang dikenali sebagai nama negeri. Tapi, jika anda berada di Seberang Perai (Semenanjung Malaysia) anda perlu berkata seperti begini jika mahu ke Pulau Pinang.
"Jom kita pegi Penang (Penang = merujuk kepada Pulau) "

Dan jika anda berada di sebelah Pulau dan mahu ke tanah besar, anda perlu berkata begini pula :

Jom kita pegi Seberang (Seberang = merujuk kepada tanah besar (Semenanjung)

Seberang = Seberang Perai

Pulau / Penang = Penang la! haha
Pantai - pantainya yang memukau!


Aku memang pencinta pantai! Kalau bagi pilihan kepada aku, daripada melepak di shopping complex dan juga pantai aku akan pilih pantai. Memang best kalau kita melepak di pantai yang cantik, tenang dan nyaman. Kalau anda terlepas posting aku yang lepas iaitu 5 Pantai Pilihan Luth di Pulau Pinang boleh la tengok posting tersebut.

Memang aku dah jatuh cinta dengan negeri Pulau Pinang ni salah satunya sebab pantai. Tempat lain tak boleh lawan dengan ketenangan pantai di Pulau Pinang ni. Nak banding dengan negeri lain yang mempunyai pantai, seperti Kedah dan Perak, aku suka lagi Penang! Pantai Remis tak ada dalam senarai ok?

Pulau Pinang syurga makanan!



Ini fakta ok! Aku tak tipu dan ia telah disahkan sendiri oleh rakan bloggers iaitu Kak Myza yang menjadikan Pulau Pinang destinasi jalan - jalan cari makan oleh dia dan keluarganya. Kalau kita nak tengok kedai makan di Pulau saja, memang banyak dan tak tahu nak buat pilihan. Kalau lapar, terus pergi ke kedai - kedai makanan yang anda mahu.

Nak makan nasi kandar? Ada kedai nasi kandar yang aku boleh cadangkan kepada hampa untuk makan. Nak makan makanan Cina? Bersepah - sepah kedai makan cina yang hampa boleh makan dan juga tak kurang hebatnya di belah Seberang!

Sebagai penduduk Seberang Perai, aku bangga juga la sebab disini memang banyak sangat kedai makan, boleh dikatakan di jalan besar boleh didapati dua hingga tiga buah kedai makan disepanjang jalan besar tersebut. Sebagai contohnya, jika anda mengikut jalan Tanah Liat bermula daripada Masjid Kubang Semang menuju ke pekan Bukit Mertajam, terdapat hampir 25 buah kedai makan disepanjang jalan tersebut! So, nak apa lagi?

Aktiviti malam yang menarik

Sebelum ni hampa penah tinggal dimana? Alor Star? Kota Bharu? Ipoh ataupun di Shah Alam? Aku rasa, tempat - tempat yang aku nyatakan tu semuanya tak ada pun aktiviti malam yang menarik hampir kesemuanya lumpuh dan sepi ketika malam berlabuh.

Ada sesetengah tempat, pada pukul 9 malam pun dah rasa sunyi dan lengang, kedai - kedai tutup perniagaan masing - masing dan juga orang ramai tak ada pun di kawasan pekan dan bandar. Gila beb! Mana boleh hidup malam sunyi macam tu.

Tinggal di Pulau Pinang, malam pun rasa macam siang. Ada je aktiviti yang boleh buat dan tempat - tempat tumpuan orang ramai seperti di Queensbay, Gurney, Padang Kota dan juga RNR Bagan Ajam di Seberang menjadi tempat bersosial dan juga membuang masa bersama keluarga, rakan dan insan yang tersayang. Serius best! Rugi kalau malam minggu tidur awal. Haha.

Jom berbelanja di Pulau Pinang



Apa la hampa nak gaduh berbelanja di tempat - tempat lain? Kat Pulau Pinang ni semua ada. Kalau "ramai" duit tu, boleh beli apa yang hampa nak di Penang ni. Kalau di Seberang, buat masa ni terdapat lima hingga enam buah pusat beli belah yang anda boleh perabis duit. Ni nak shopping je, pegi SOGO KL la Padang Besar la, situ sini. Buang duit semua tu!

Kalau dah jemu nak berbelanja di pusat beli belah, hampa boleh ke Rope Walk. Ala, perniagaan di rope walk ni lebih kurang macam pasar malam ataupun "Uptown" di sesetengah tempat, tapi rope walk dia bermula pada awal pagi dan tamat pada tengah hari ataupun petang. Hampa pegi time malam memang tak ada apa - apa dah.

Terdapat dua Rope walk iaitu satu di perkarangan Stadium Bandaraya Pulau Pinang dan juga Taman Selat di Butterworth Seberang Perai. Kats situ macam - macam ada. Tak larat nak taip la. Pegi sendiri baru tau apa yang ada.

Pulau Pinang lubuk tumpuan pekerjaan



Ya! Itu fakta lagi! Kenapa orang luar dari Pulau Pinang, iaitu Kedah, Perak, Perlis dan juga Kelantan datang ke Pulau Pinang ni untuk mencari pekerjaan? Oh, ini disebabkan terdapat kawasan perindustrian yang besar di Perai dan juga di Pulau.

Nak kerja apa? Kerja kilang sudahla. Banyak kilang sekarang ni memerlukan operator pengeluaran kilang. Nak atau tidak je kerja. Macam budak - budak lepasan SPM, bolehlah kerja sementara untuk mencari pengalaman di kilang. Macam aku dulu, aku pernah kerja kontrak sebagai operator pengeluaran di kilang Dell Computer Bukit Minyak.

Nak cari awek kilang Indonesia ke, Vietnam ke ataupun balak - balak hensem Bangla dan Nepal berlungguk di kawasan industri perai. Ayoyoyo~

Ok, dah banyak benda aku merepek diatas tu. Di harap kepada hampa yang tak pernah datang ke Pulau Pinang, jemput mai jalan - jalan sini ya. Aku tak kesah kalau nak jadi Tourist Guide hampa, tapi berbayar la yer! Haha. Apa - apa pun, kita layan lagu terbaru daripada kumpulan GALAPAGOS yang diketuai oleh Mamu Omara! Layan!





langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".