Alhamdulillah,setelah perancangan demi perancangan dibuat bagi menjayakan majlis berbuka puasa bersama bloggers-bloggers penang akhirnya pada 12 September yang lalu hasrat dan hajat telah tercapai dengan jayanya, dengan usaha-usaha yang kuat dijalankan oleh orang kuat KBP,bloggers Luth danmyfr3aktelah tercapai juga akhirnya. Semoga berkat usaha dan penat lelah mereka berdua bagi menjadikan gathering ini akan dirahmati dan diberi ganjaran setimpalnya oleh yang Maha Esa.
Wifi Untuk Para Bloggers Men-Update Blog Masing-Masing Secara Live..
Walau pun kehadiran ahli-ahli bloggers Pulau Pinang tidaklah seramai mana, tapi dari ini dapat memberi serta melahirkan satu ikatan serta semangat disamping memperkuatkan lagi ukhwah sesama kami yang tidak pernah bersua muka namun kami mampu bersama berkongsi pendapat,cerita dan bergurau seolah-olah sudah lama mengenali antara satu dengan yang lain.
Siap-Siap..Siap Leh Tukaq-Tukaq Nombot Lagi...Hehe
Ini lah salah satu impian yang saya idam-idamkan,dapat berjumpa dan menambahkan sahabat-sahabat baru supaya saya dapat menambahkan ilmu di dunia blogging yang sememangnya saya amat ketinggalan berbanding dengan sahabat-sahabat si KBP ni. Mungkin selepas ini program sambutan hari raya aidilfitri dapat dilaksanakan dengan penyertaan dari ahli KBP yang lebih ramai dan lokasi masih didalam pencarian admin KBP yang tak pernah putus-putus berusaha mengadakan gathering dan perjumpaan sesama ahli.
Kenangan Berlatarbelakangkan Bangkok Station
Pada jam 6.30ptg saya bersama-sama admin KBP Luth,hadi dan seorang bloggers dari uitm pulau pinang sampai ke destinasi majlis berbuka puasa di Bangkok Station,jalan baru. Kelihatan rombongan Blogger Ust Baba bersama Blogger Mama Moden dan dua anak kesayangan mereka sudah berada disitu. Antara bloggers yang bersama pada hari tersebut adalah Bloggers Luth ,Hadi ,Bloggers Mamu Omara , Bloggers Ust.Baba ,Bloggers Mama Moden ,Bloggers Fazrulls , Bloggers JulietAnna & Bloggers Baby Wify.
Antara Menu Utama...Sedap Tuuuu..
Pada jam 7mlm,kehadiran kesemua 10 bloggers KBP yang telah memberi respon positif bagi majlis berbuka tiba dan sempatlah juga kami berkenal-kenalan semasa sendiri disamping menunggu waktu berbuka tiba. Dengan kehadiran menu hidangan yang amat menyelerakan ini,memang agak tidak sabar untuk menerkam saja juadah yang ada diatas meja pada masa itu. Disamping berbual sesame ahli,saya terpandang gelagat anak-anak kecil ust baba & mama moden yang cukup mencuit hati,terkenang zaman kanak-kanak dahulu bila mana menunggu saat-saat berbuka bersama keluarga.
Doa Dibacakan Oleh Ust BabaSebelum Kami Bersantap...
Sedang asyik berbual,tak sedar jam ditangan sudah menunjukkan 7.21ptg menandakan sudah sampai waktu berbuka puasa bagi seluruh negeri pulau pinang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust Baba sebagai tanda kesyukuran diatas rezeki yang diberikan pada kami pada petang itu. Sambil menjamah makanan kami juga sempat mengatur bagi program raya untuk sahabat-sahabat lain di komuniti bloggers penang,mudah-mudahan untuk pertemuan aidilfitri nanti akan ada lebih lagi penyertaan dari sahabat-sahabat yang lain..insya'Allah.
Bersama Sahabat-Sahabat Bloggers Penang
Sekali lagi tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur terutama hadi yang sanggup datang dari banting semata-mata untuk bersama dengan kami.. Semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhirnya..
Artikel Berkaitan:
langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".