Hendak sertai kami? Sila lah ke sini dan jika anda hendak berkongsi artikel di sini, hantarkan karya anda disini.

Interview: Izat


1. Ceritakan serba sedikit tentang anda.

Salam and good day

Nama diberi Izat Tarmizi Bin Ismail,umur 22 tahun,tarikh lahir 31/1/1987,masih lagi single dan bergerak secara aktif dalam berdakwah,merupakan pelajar dalam bidang Engineering in Networking di Universiti Kuala Lumpur(MiiT) dan insyaAllah akan menamatkan pengajian lebih kurang lagi 3 tahun.

Lahir di Pulau Pinang dan tinggal di Bukit Mertajam,merupakan anak kedua dari tiga orang adik beradik,belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Guar Perahu dan menyambung pelajaran di peringkat menengah di SMKA Nibong Tebal,kemudian ke SK Penanti dan menyambung ke tingkatan 4 selepas PMR di High School Bukit Mertajam.Bercita-cita nak jadi Pilot Fighter,tapi rasanya lupakan saja lah buat sementara waktu nie,cita-cita sekarang ingin menjadi pensyarah,insyaAllah dengan izin Allah.

Tiada apa yang menarik tentang saya,merupakan seorang insan biasa yang cuba untuk melakukan perkara luar biasa,insyaAllah dengan izin Allah,kenal rapat dengan Dr Danial Zainal Abidin,idola saya dan merupakan Bapa Saudara saya,insyaAllah sedikit sebanyak dalam usaha untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang berguna dari beliau,masih banyak lagi benda yang ingin dipelajari

2. Sejak bila anda berminat dengan blog? Sila sertakan link untuk blog anda

Mula berblogging masa tahun 2005 tapi serious berblogging pada tahun 2008,blog adalah tempat untuk meluahkan apa yang kita rasa,dan merupakan diari virtual,tempat berdakwah dan gunakan blog sebaik mungkin untuk dijadikan medium pengikat ukwah sesama insan,link blog www.izat.blogspot.com

3. Anda rasa blog anda sebagai satu hobi ataupun sebagai 'kawan'? Kenapa?

Blog adalah kawan saya,lebih kepada reflection on myself,saya tiada Friendster mahupun Myspace,yang ada cuma blog,disitu tempat meluahkan segala-galanya,boleh dikatakan,my blog is my mirror

4. Apakah pendapat anda mengenai "Komuniti Bloggers Penang"?

Baru join,dapat link pun dari bapa saudara(www.warna-nostalgia.blogspot.com),rasanya bagus lar,actually boleh tahu berapa ramai orang penang yang ada blog,dan boleh buat gathering nanti,lagipun dimana2 kita pergi atau belajar,kita masih lagi orang penang.

5. dan kata-kata terakhir anda untuk sahabat-sahabat di bloggers penang?

Salam perkenalan,kalau rajin,masuk lar ke www.izat.blogspot.com untuk mengenali dengan lebih lanjut,insyaAllah,bersama-sama kita membangunkan bloggers penang.

langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".