1. Ceritakan serba sedikit tentang anda.
Nama di beri mak abah, Junaidah bt Kassim. Lahir pada 13 mei 1975 di negeri Johor Darul Takzim. Kemudian berkahwin di umur yang muda kemudian merantau bersama suami & anak2 ke Negeri Pulau Pinang sejak 18 tahun yang lalu. Telah berkahwin selama 20 tahun dengan insan tersayang dari Negeri Kedah ( cinta kutub utara kutub selatan ) dan dikurniakan cahayamata seramai tujuh orang berusia antara 3 tahun hingga 19 tahun.
2. Sejak bila anda berminat dengan blog? Sila sertakan link untuk blog anda
Ermmm… tak minat pun Cuma sejak anak sulung masuk U, untuk melepaskan rindu pada dia saya baca blog dia, tupun tau dia ada blog melalui adik2nya. Dari blog dia tu saya belek2 ler juga blog kawan2 dia. Tu jer. Tapi masa cuti sekolah yang panjang hujung tahun lepas anak sulung saya ni pelawa saya buat blog. Mula2 saya malu2, lagipun nak buat apa? Apa saya nak tulis? Tapi anak sulung saya buatkan juga blog untuk saya dan bermula 11 disember 2008 lahirlah blog kerdil mama moden. Jenuh juga saya nak belajar, jenuh diajar oleh anak sulung saya perkara yang sama tapi susah nak mahir. Sejak itulah saya mula explore blog, dan saya dapat lebih banyak maklumat dengan merayau ke blog2 orang lain.
Jika berminat nak tau lebih lanjut tentang saya sudi2kanlah lawati blog mama moden di www.junaidahkassim.blogspot.com
3. Anda rasa blog anda sebagai satu hobi ataupun sebagai 'kawan'? Kenapa?
Mungkin juga sebagai salah satu hobi dimasa lapang. Saya sayang blog mama moden saya ni. Saya tak jemu2 melihatnya setiap hari. Juga boleh dianggap sebagai kawan…. Tempat saya mencurah perasaan gembira, sedih dan sebagainya.
4. Apakah pendapat anda mengenai "Komuniti Bloggers Penang"?
Amat bagus & menarik. Saya agak terkejut bila tau blog saya di linkkan di Komuniti Penang Bloggers oleh saudara Luth. Dengan adanya Komuniti ini kita dapat menambahkan kenalan dan ukhwah sesama kita. Mama moden berharap kita dapat adakan satu hari keluarga yang besar satu hari nanti.
5. dan kata-kata terakhir anda untuk sahabat-sahabat di bloggers penang?
Salam perkenalan dari saya buat semua pakcik makcik, abang kakak, adik2 dan anak2 di Komuniti Penang Bloggers. Semoga kita semua akan terus menjadi penulis blog yang aktif. Semoga ukhwah antara kita dapat di pereratkan.
langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".