1. Ceritakan serba sedikit tentang anda
Nama - Omar M. Hashim. Sejak tahun 90an saya mendapat gelaran 'Omara'. Omara bukanlah nama Jepun. Dulu saya terbitkan album rakaman gunakan logo 'Omara'. Lama kelamaan, panggilan ini sudah sebati dengan rakan-rakan dan mereka yang mengenali saya, jadilah 'Omara'. Sebenarnya Saya orang biasa. Sekarang ni baru mula bangun dari kejatuhan. InsyaAllah akan terus berdiri gagah dalam kehidupan yang penuh cabaran ini. Bapa kepada 4 orang anak dan suami kepada 1 isteri. Ada seorang cucu 4 tahun. Sejak dari kecil memang gemar kepada perkembangan teknologi. Setiap yang terdaya, saya akan cuba. Oh ya... usia masih muda, baru nak masuk 55 tahun. Berpegang kepada 'qada' dan qadar' di tangan Tuhan, tapi hanya 'doa' yang boleh merubah takdir dari Allah (jika diizinkanNya atas kehendakNya). Alhamdulilah!
2. Sejak bila anda berminat dengan blog?
Mula mengenali internet di pertengahan tahun 90an. masa tu teringin nak ada web sendiri, tapi kosnya tinggi lagipun tak tahu nak kendalikannya. Tahun 2005, upah seorang yang dihubungi melalui sebuah laman web untuk buat web. Setelah siap, dia tidak membantu saya mengemaskinikan web tersebut dan tak boleh dihubungi lagi. Akhirnya saya temui blogspot di google. Saya cuba sendiri buat blog hingga sekarang, saya semakin aktif mengemaskini dan mempelajari sesuatu yang baru daripada blog.
3. Anda rasa blog anda sebagai satu hobi ataupun sebagai 'kawan'?
Hobi bukan, kawan pun bukan. Bagi saya blog bagaikan sebuah majalah atau akhbar yang saya terbitkan sendiri dan boleh dibaca oleh semua orang. Saya mahu apa yang saya tulis dan papar dapat dilihat juga oleh semua. Saya puas! Kalau sebok hingga tak dapat kemaskini dalam dua tiga hari saya rasa macam tak kena 'kopi' atau 'tea panas'! he he..
[anda boleh layari blog mamu omara di http://mamutanjung.blogspot.com dan http://warisanboria.blogspot.com - co|bloggerspenang]
4. Apakah pendapat anda mengenai 'Komuniti Bloggers Penang'?
Paling baik. Dekat dengan kita. 'Komuniti Bloggers Penang' dapat merapat dan menyatukan para blogers di Pulau Pinang. Kata orang putih 'one stop' (dengan izin). Masing-masing kita berlumba kemaskini 'update' kerana orang yang jarang 'update' akan tertinggal ke bawah.
5. dan kata-kata terakhir anda?
Sebenarnya kata-kata ini hanya terakhir buat kali ini tapi InsyaAllah belum berakhir selamanya. Kepada para remaja dan pemuda, tahniah kerana telah menggunakan blog dan internet dengan sebaik-baiknya. Kepada rakan-rakan saya yang berusia 50an, marilah sama-sama kita jadi bloggers. Jangan fikirkan blog dan internet hanya untuk orang muda sahaja. Di luar negara sana, lagi tua usia sesaorang itu, bertambah matanglah mereka. Kehidupan mereka bermula di usia 40an. Gunakanlah teknologi baru anugerah Allah ini ketika kita masih mampu. Lagi kita rajin guna dan baca blog, sel-sel otak kita InsyaAllah boleh bertahan lagi. Jika tidak sel-sel otak orang-orang yang berumur akan mati sedikit demi sedikit. Kepada para bloggers semua.... Selamat!
langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".