Hendak sertai kami? Sila lah ke sini dan jika anda hendak berkongsi artikel di sini, hantarkan karya anda disini.

FynnJamal - Semboyan | Puisi Untuk Pencinta Bahasa Melayu

Untuk makluman semua, penulis mengenali Puan Fynn Jamal setelah beliau beraksi di "Pentas 152" anjuran AIC (Anwar Ibrahim Club). Pentas 152 adalah suatu persembahan tentang memartabatkan bahasa kebangsaan kita. Pak Samad merupakan jemputan terhormat pada persembahan itu.

Fynn Jamal, Wani Ardy, Shafik di "Pentas 152" yang bertajuk "Semboyan".



lagu ini adalah untuk kita semua dengarkan beramai-ramai
lagu ini adalah untuk kita dengarkan dan ambil perhatian
lagu ini untuk kita bangkitkan
lagu ini untuk kita jeritkan
lagu ini aku hendak panggilkan suatu semboyan

untuk sesiapa yang pernah hidup merasa ditekan, merasa dikambus
untuk sesiapa yang pernah mati bukan sekali berkali-kali

wahai kawan-kawan,
wahai pakcik-pakcik,
wahai makcik-makcik,
wahai tuan-tuan;

pernahkah kamu merasakan apa di dalam hati yang kau tekankan?
berapa ramai manusia ada di keliling kamu membeda-beda?

"siapa yang itu?"
"siapa yang ini?"
"siapa yang sana?"
"siapa di sini?"

kau rasakan begitu marah
kau rasakan sudah tak gagah
kau rasakan sangat sedih
kau rasakan sangat pedih

buka langkah jalan megah
jangan gentar halilintar

buka langkah jalan megah
jangan takut awan ribut

buka mata buka telinga
dengar saja suara kita


kadang-kadang kita rasakan
semua yang telah kita lakukan
sudah terlalu sempurna --

tapi kenapa saja
mengapa saja
selalu salah di mata mereka?

kita katakan kita mahu ini
kita katakan kita mahu itu
tapi aku hendak tanya kenapa cuma di dalam hati kamu?

wahai semua, bangkit sekarang!
sampai bila hendak kalah di perang?

bila-bila akan mati
tapi adakah hari ini?

buka langkah jalan megah
jangan gentar halilintar
buka langkah jalan megah
jangan takut awan ribut

buka langkah jalan megah
jangan gentar halilintar
buka langkah jalan megah
jangan takut awan ribut

buka mata dan telinga
jangan takut pada semua
buka langkah jalan megah
jangan takut awan ribut


dan ini adalah pesanan dari Puan Fynn diblognya,

puisi ini adalah untuk kita2 yang pengecut untuk menjadi apa yang kita mahu jadi. lagu ini adalah hasil kimia saya, tri, syafiq dan wani ardy yang tidak tidur sepanjang malam melayan denting ini. karya ini benar2 karib dengan kami.