Hendak sertai kami? Sila lah ke sini dan jika anda hendak berkongsi artikel di sini, hantarkan karya anda disini.

Janji sudah tertunai

Assalamualaikum.

Pertama sekali, penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada saudara Luth, yang sanggup datang dari seberang, mengharungi jambatan Pulau Pinang pada waktu puncak semata-mata untuk bersua muka dengan penulis dan juga kepada cik Munirah yang sanggup turun ke Pulau Pinang dari Shah Alam untuk turut serta, dan tidak lupa juga kepada saudara Khairil yang datang walaupun tahu hanya kami (penulis, sepang, luth dan munirah) berada disitu.



Penulis sudah jangkakan bahawa mungkin tidak ramai yang berminat untuk bersua muka dengan kami. Ya, jangkaan itu telah menjadi satu kenyataan. Tapi, tak mengapalah, mungkin tiada rezeki diantara kita untuk bersua muka, untuk menjalinkan tali silaturrahim antara kita dan terima kasih kepada sesiapa yang menghubungi Luth (yang penulis ingat, abang ariff - semoga Allah memberikan yang terbaik buat ibu mertuanya).

Kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan segalanya. Penulis juga telah melakukan perkara yang sama kepada saudara Luth dahulu, dan kini penulis telah menunaikan janji untuk bersua muka dengan Luth.

"Luth, Khairil dan Cik Munirah, terima kasih kerana sudi bersua muka dengan penulis. Semoga tali yang kita pegang tidak akan pernah luntur. Hampa memang sempoi! Sori tau Cik Munirah, saya memang agak pemalu dengan gadis. Hehe"


p/s: Untuk makluman kalian, ini merupakan kali pertama penulis berjumpa dengan mereka. Tidak ada alasan untuk berjumpa dengan saudara dan rapatkan tali yang terjalin dari dunia siber ke alam realiti.