Hendak sertai kami? Sila lah ke sini dan jika anda hendak berkongsi artikel di sini, hantarkan karya anda disini.

Pendapat Anda

Izzuan Affendi - http://nyamouq.blogspot.com/
Buat apa2 pertandingan artikel.
Buat ruangan featured blogger.


- bab pertandingan tu, akan dibincangkan, tetapi bab ruangan 'featured' blogger itu, agak sukar kerana kekurangan pengarang, jika sesiapa berminat, balas kembali entri ini dan untuk pengetahuan semua juga, kami telah membuat beberapa temuramah melalui email dahulu. Kini anda boleh mengikuti temuramah bersama kami disini.

Adi Putra - http://putra-penang.blogspot.com/
Cadangan dari saya,untuk gathering akan datang beri la peluang sama2 tuk kita bertukar pendapat,tarikh diberikan awal 2minggu & satu lagi kalau leh bagi seminar atau kursus cara terbaik tuk memblogging atau bagi lawa macam komuniti bloggers penang nie sempoi gak...hehe,yang penting ikatan ukhwah kita...leh kenai2,yer tak?!

- buat perjumpaan? Selama KBP dipentas siber, telah dua kali KBP mengadakan perjumpaan ahli-ahli, akan tetapi sambutan kurang memuaskan tapi kami takkan pernah putus asa. Jangan risau! Dapat jumpa muka baru sorang, dua orang pun Alhamdulillah.

- Untuk seminar atau kursus 'blogging', mungkin ada dikalangan warga-warga KBP boleh menyumbangkan artikel disini kerana agak sukar mengumpulkan warga-warga KBP.

Itu pendapat yang penulis dapat melalui Email dan sekiranya anda ada pendapat / cadangan / komen / kritikan dan lain-lain, penulis berharap anda dapat meninggalkan komen anda dibawah untuk memantapkan lagi komuniti ini dan anda juga boleh menghantar email secara peribadi kepada penulis di muhamadhadi[at]gmail.com.

Terima Kasih