Hendak sertai kami? Sila lah ke sini dan jika anda hendak berkongsi artikel di sini, hantarkan karya anda disini.

Tips "Filter" Untuk Pengguna Gmail

Jika anda melanggani RSS kami untuk mendapatkan artikel-artikel yang terbaru dari KBP dan menggunakan email dari gmail, kami ada sedikit tips untuk anda! Anda dapat menyusun email yang masuk dengan menggunakan "Filter" ke dalam sesuatu folder.

klik pada gambar untuk melihat gambar yang lebih jelas.


  1. Buka Akaun Gmail anda.

  2. Cari "Create a filter" dibahagian atas, tepi kotak pencarian.


  3. Satu borang akan muncul dan isikan "Komuniti Bloggers Penang" dibahagian "Has the words" dan klik di "Next Step".


  4. Satu lagi borang akan muncul, anda hanya perlu pilih "Skip the Inbox" dan "Apply the Label".


  5. Pilih "New Label" dikotak bersebelahan dengan "Apply the Label" dan isikan "KBP" dikotak tersebut.

  6. Klik "Create Filter"

  7. Selesai.

Ini adalah proses untuk menyusun email (contohnya rss dari KBP ke email anda) ke dalam folder tertentu.