KUALA LUMPUR: Seorang remaja dihukum menjalankan khidmat sosial 200 jam selama dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah melakukan rompakan berkumpulan, tahun lalu.
Hakim Zainal Abidin membuat keputusan itu terhadap Mohd Faisuseh Ibrahim Chong, 20, yang berasal dari Taman Megah, Cheras.
Keputusan itu dibuat Zainal Abidin selepas mempertimbangkan laporan akhlak disediakan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap tertuduh serta rayuan peguam R Gajalaxmi supaya hukuman ringan dikenakan terhadap tertuduh.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan parang terhadap dua beradik, Ariyantie Rahim, 23, dan Nur Aqilla Rahim, 20, di tangga jejantas LRT Bandar Tasik Selatan di sini, kira-kira jam 7.45 pagi, 30 Oktober 2008.
Sumber: myMetro
Penulis: Penulis rasa, gelaran "Samsing Jalanan" sesuai untuk "Rompakan Bersenjata" dari "Mat Rempit".
Merengek-rengek kos bina bilik darjah meningkat tinggi bukan sikap ejen
reformasi negara….
-
*JI Xinping menekankan kepentingan pemerintah dan rakyat menyokong agenda
penstrukturan semula syarikat-syarikat pengeluaran lokal untuk menjadi hab
pen...
Last update: 2 weeks ago | http://faqar.blogspot.com/


