Hendak sertai kami? Sila lah ke sini dan jika anda hendak berkongsi artikel di sini, hantarkan karya anda disini.

Yong Tau Foo | Daniel



Dua hari yg lalu, saya pergi ke tempat pelanggan dan sesudah kerja disiapkan, saya pun bertolak balik ke pejabat. Tengok jam tangan, dah hampir waktu makan tengah hari… “Nak makan kat mana ek?” Soalan ini berpusing-pusing dalam kepala, masih tak pasti nak makan kat mana. Pusing punya pusing, berlalu pula dekat pasaraya Giant Bayan Baru, “Ah-hah, tempat ber-aircond dan parking percuma. Jom!”

Naik ke tingkat satu, terletaknya medan selera yg menyediakan berbagai pilihan makanan seperti Nasi Ayam, Mee Hotplate/Claypot, Nasi/Mee Goreng dan sebagainya, tapi kedai Yong Tau Foo menarik perhatian saya, “Dah lama tak makan Yong Tau Foo, boleh try ni”.

Maka beraturlah saya menunggu giliran, maklumlah lunch time ni ramai orang. Melihat sekeliling medan selera, hampir kesemua meja telah diduduki pelanggan... bungkus aje lah, boleh buat rakan sekerja jealous pulak pada masa yg sama, ahaks.

Bermacam-macam pilihan Yong Tau Foo di kedai ni: fucuk goreng, fucuk berisi ikan, wantan goreng, bebola/jejari ikan, sosej, jejari ketam, cendawan, sayur-sayuran dan dumpling... hei, “siew mai” pun ada! 7 bahan saya pilih dan sekali dengan Kuey Teow serta sup Tomyam, semuanya RM7.00. Pelanggan akan ditanya apa jenis sup yg dimahukan, antaranya sup ayam, kari, tomyam dan satu lagi dah lupa (rasa2nya sos pekat kot). Saya pilih tomyam dan rupa-rupanya sup tomyam = sup ayam + bes tomyam. Haha, cepat dan mudah... kalian jangan tengok supnya nampak jernih, rasa tomyamnya cukup meletup owh!

Yong Tau Foo (釀豆腐) bermaksud “Tauhu Berinti”, merupakan makanan Hakka dimana tauhu dipotong dan disumbat dengan isi ikan yg dikisar, lebih kurang seperti Tauhu Sumbat, cuma bahan intinya berlainan. Selain daripada tauhu, cili, bendi, terung dan peria turut merupakan bahan yg lazim disumbat isi ikan atau ayam dalam Yong Tau Foo.

Yong Tau Foo dalam masyarakat Cina berlainan dengan yg terdapat dalam masyarakat Melayu, sebab utamanya agak jelas: daging yg digunakan. Oleh itu menu bagi pengusaha Yong Tau Foo Melayu agak terbatas, tetapi ianya unik dari segi sos pekat yg dicicah Yong Tau Foo - tidak terdapat dlm menu Yong Tau Foo masyarakat Cina.

Inilah keindahan masyarakat majmuk, kita saling tukar-tukar resipi dan ubahsuai supaya bersesuaian dengan citarasa / tuntutan agama.

Pengarang: Muhd Haris Danial Abdullah
Blog Pengarang: http://daniel-lon3ly.blogspot.com/