Hidup sebagai rakyat Pulau Pinang memang tak boleh lari dengan nasi kandar. Tempat korang ada banyak ke restoran nasi kandar? Kat sini bersepah. Pegi je mana - mana sudut, pasti akan jumpa restoran nasi kandar yang mana taukeh besarnya orang India muslim a.k.a Mamak. Apa yang menarik sangat nasi kandar ni? Korang tak pernah makan kat restoran nasi kandar? Taktau ke? Meh aku cerita sikit :
- Lokasi restoran nasi kandar ni memang strategik. Dah la strategik, besar pulak tu. Sedap mata memandang.
- Restoran nasi kandar buka 24 jam. Pegila masa mana pun, mesti ada lauk dan nasi untuk anda yang kelaparan. Tak payah nak susah makan megi.
- Kebanyakan restoran nasi kandar ada perkhidmatan Wifi percuma. So, ramai member aku yang takda internet dirumah tu, depa kerap pegi restoran mamak. Wifi dah free, cuma kena bayar bil air je. Hihi.
- Dah ada wifi, mestilah ada siaran secara langsung bola sepak. Sambil tengok bola ramai - ramai dengan kawan, boleh makan dan minum. Seronok bukan? Meriah je rasa.
- Lauk dikedai mamak sedap. Air yang dibancuh memang pekat. Kalau kopi memang rasa kaw, minum milo rasa milo dari susu. Tak macam kedai lain, tawar je. Kedekut milo agaknya. Gula pemurah pula.
- Abang waiter memang hensem belaka. Hidung mancung, rambut ikal mayang. Macam Datuk SRK pun ada.
- Pelayan kedai mamak gemar memakai uniform yang ceria. Hijau + kuning, biru + kuning, pink + hijau. Aduhai, memang matching la dengan kulit depa. Wakakka.
- Oleh sebab restoran depa terkenal, ia mudah dijadikan port untuk lepak - lepak bersama kawan - kawan. "Hello, nak sembang kat mana ni? Oh, Nasmir Perda ka? Ok Ok.. " Selalu macam tu.
- Sejuk mata memandang bila duduk dalam kedai depa, yelakan ada banyak ayat Al - Quran depa gantung. Alhamdulillah, makan berkat la sikit. Muafakat dapat. Hahaha.
- Perkhidmatan pelayan memang memuaskan. Ada setengah pelayan kedai mamak ni benar - benar mengutamakan pelanggan. Kalau oder 1 - 1 mereka memang taat dan patuh pada perintah. "Eh, mintak ais sikit" "Ok boss" "Macha, tisu ada?" "Roti canai satu" "Eh, roti canai lagi satu" "brader, roti canai lagi satu boleh?" "Dey, ini teh tarik kurang buih la, hang pi tambah buih boleh?"
Itu sajalah yang dapat aku ceritakan berkaitan perkara yang aku suka di restoran nasi kandar ni. Aiseh, mana boleh kan kalau kita tulis perkara yang kita suka je kan, penulisan seseorang mestilah seimbang, ada baik dan tak baik. Nanti kalau aku lapang, aku nak tulis pulak pasal perkara yang aku tak suka pasal restoran nasi kandar ni.
Kepada anda yang tak biasa datang makan di kedai mamak, percayalah cakap aku bila anda dah merasakan sendiri pengalaman di kedai nasi kandar. Wallahualam.
Artikel Asal: 10 Fakta yang Aku Suka Tentang Nasi Kandar
Pengarang: Luth
Blog Pengarang: http://www.luthtextile.com