Hendak sertai kami? Sila lah ke sini dan jika anda hendak berkongsi artikel di sini, hantarkan karya anda disini.

Showing posts with label Cerita Warga KBP. Show all posts
Showing posts with label Cerita Warga KBP. Show all posts

Kalaulah...

Kalaulah Allah lihatkan amalan kita. Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala??

Kalaulah dosa itu macam batu. Berapa berat perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagai duit. Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.

Adakah kita akan berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa kita buat)

Kalaulah, Nabi Muhammad SAW hidup bersama kita.
Adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.

Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!
Pada hal dah tahu pegangan kita sama!!
Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!

Wallahualam...

Artikel Oleh: Akudinda
Artikel Asal: http://akudinda.blogspot.com/2009/09/kalaulah.html

langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".

Bulan Ramadhan VS Bulan Hantu Lapar

Alhamdulilah, kita dah separuh jalan didalam bulan Ramadhan! Tahniah dan kita semakin menghampiri Lailatul Qadar. Semoga kita menemukannya. (diedit oleh editor)

Semasa saya berjalan pulang ke kedai semalam, saya ternampak satu senario yang sudah lama saya tidak berikan perhatian. Kelihatan lilin-lilin merah dan colok dibakar di hadapan rumah.
"Oh, sudah masuk bulan Hantu Lapar rupa-rupanya!"
Saya sudah hampir terlupa. Maklumlah setelah memeluk Islam, saya lebih kerap meneliti kalendar kuda untuk bulan-bulan Islam, dan bukan lagi tarikh dalam kalendar Cina. Tambahan lagi, keluarga Cina saya tidak lagi meminta saya pulang untuk upacara menyembah nenek moyang pada bulan ke7.

Tatkala umat Islam bakal menyambut Ramadhan esok dan berpuasa wajib selama sebulan, penganut fahaman Buddha dan Tao pula sudah beberapa hari menyambut bulan ke7 kalendar Cina. Lebih dikenali dengan istilah 'Hungry Ghost Festival' atau perayaan hantu lapar.

"Mengapa ada bendera warna-warni di tepi jalan?"
"Oh, itu petanda sudah masuk bulan ke7 kalendar Cina. Bendera-bendera itu mewakili sponsor untuk majlis perayaan hantu lapar yang dianjurkan. Tak boleh dikelirukan dengan bendera parti politik sempena pilihanraya kecil nanti, hahahaa.."

"Mengapa orang Cina bakar lilin dan colok di luar rumah?"
"Oh, itu kerana orang Cina berfahaman Buddha dan Tao percaya bahawa bulan ke 7 mengikut kalendar Cina, pintu neraka akan terbuka dan hantu-hantu akan berkeliaran selepas senja hingga subuh. Biasanya keluarga beragama Buddha akan menyiapkan makanan untuk disembah kepada roh nenek moyang ketika ini. Ada roh orang mati yang tidak disembah oleh keluarganya maka ia akan merayau-rayau mencari makanan pada bulan ini. Hantu-hantu yang lapar ini dipercayai akan menimbulkan kacau-bilau sepanjang bulan ke7 ni."

"Oh, kira orang Cina percaya pada hantu lah?"
"Percaya tu percayalah juga tetapi hantu Cina tak ada nama, tak macam hantu Melayu yang bermacam-macam jenis. Orang Cina pantang, hantu apapun cuma diberikan nama 'kwei'. Orang fahaman Buddha dan Tao bukan setakat percaya wujudnya hantu malah hantu-hantu lapar itu akan diberi layanan khas supaya mereka tidak mengganggu orang yang masih hidup. Sebab itulah kamu akan nampak ada rumah orang Cina yang menyalakan lilin merah dan colok di depan rumah, serta buat sembahan makanan seperti kuih dan nasi."


"Untuk apa semua itu? Takkan untuk hantu lapar?"
"Benar tu. Untuk menjamu hantu-hantu lapar yang berkeliaran supaya mereka tidak masuk ke dalam rumah dan mengganggu orang yang tinggal di situ. Kadang-kadang kertas emas juga akan dibakar kerana dipercayai roh itu akan dapat menerimanya di neraka untuk digunakan di sana."

"Tahun lalu dekat rumah kami, ada orang Cina yang buat jamuan besar-besaran, macam ada daging salai, ada colok besar, mengapa ya?"
"Oh, itu biasanya untuk taukeh dan peniaga. Mereka adakan jamuan daging khinzir bakar dengan kepercayaan bahawa apabila menjamu roh nenek moyang mereka dan hantu-hantu lapar, mereka akan mendapat ganjaran dan rezeki yang lebih baik kelak. Lagipun ada yang takut bahawa roh mereka yang telah dianiayai ketika hidup akan kembali membalas dendam pada bulan ke7 ini, maka untuk mengelakkan malapetaka, lebih baik menjamu hantu-hantu ini dengan harapan yang hidup tidak akan diganggu."

"Benarkah ada hantu lapar pada bulan ini?"
"Entahlah, tapi itulah kepercayaan orang Cina yang diperturunkan zaman berzaman. Saya ingat lagi, setiap kali bulan ke7, nenek dan mak tok akan melarang kami kanak-kanak keluar rumah selepas senja, takut bertembung dengan hantu atau diikuti oleh benda itu pulang ke rumah. Langsung tak boleh pergi berkelah atau berenang. Setiap kali ada berita kemalangan pada waktu malam atau berita orang lemas, nenek akan kaitkan dengan bahaya pada bulan ke7 ini. Perkahwinan memang dilarang pada bulan ini kecuali untuk mereka yang berani."

"Tak ada kawalan ke atas hantu-hantu lapar itu pada sepanjang bulankah?"
"Ada.. itu tugas Phor Thor Kong atau Raja Neraka. Ia akan disembah kerana dipercayai akan mengawal semua hantu lapar yang dilepaskan ke dunia. Wajahnya menakutkan, hitam dan lidahnya panjang. Itu kepercayaan orang Cina berfahaman Tao tetapi kisah penganut Buddha agak berlainan."

"Ada kelainan ker?"
"Ada. Penganut Buddha percaya pada cerita seorang pengikut Buddha yang melihat ibunya yang sangat sombong dan kedekut ketika hidup, menderita menjadi hantu lapar yang tidak pernah kenyang di neraka. Beliau berusaha beribadat dan membuat amal sehingga ibunya berjaya diselamatkan daripada menjadi hantu lapar. Terharu dengan kesungguhan Mu Lian, Buddha telah membenarkan roh-roh hantu lapar untuk ke dunia mencari makanan. 15 bulan 7 hari kebesaran memperingati kejayaan Mu Lian menyelamatkan ibunya daripada terus menjadi hantu lapar."

Ironi sungguh keadaan tahun ini.
Ketika orang Islam mula berpuasa pada waktu siang kerana patuh pada suruhan Allah swt yang mewajibkan puasa ke atas semua umatNya, pada waktu yang sama ada golongan lain yang akan menjamu roh nenek moyang mereka dengan pelbagai hidangan.

Ketika orang Islam memenuhi masjid dan surau dengan ibadah solat terawih dengan tujuan mendekatkan diri pada Allah swt, orang beragama Buddha dan Tao pula akan ke panggung terbuka di kawasan-kawasan majoriti Cina untuk berhibur menyaksikan 'kotai' [konsert dan opera Cina], sambil berhati-hati meninggalkan barisan pertama di panggung itu kosong kerana itu dikhaskan untuk hantu-hantu lapar yang mahu berhibur.

Umat Islam percaya pada bulan Ramadan [22 Ogos - 20 September] segala syaitan akan dirantaikan daripada mengganggu manusia mengerjakan ibadat. Ironinya, golongan penganut Buddha dan Tao pula percaya pada bulan7 [20 Ogos - 18 September] ini hantu-hantu lapar akan berkeliaran.
Hmmm... mungkinkah makhluk tersebut hanya akan mengganggu orang kafir yang percaya pada kehadirannya saja sepanjang bulan7 tahun ini?

Umat Islam menanti-nantikan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh berkat, dan berbelanja menyediakan pelbagai juadah bersahur dan berbuka puasa. Khemah-khemah bazaar Ramadhan sudah tentu akan didirikan di sepanjang jalan pada bulan ini.

Orang fahaman Buddha dan Tao pula menerima kedatangan bulan ke7, bulan Hantu Lapar sebagai sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Mereka berbelanja menjamu dan melayan hantu-hantu lapar dalam keadaan yang agak takut dan terpaksa. Khemah-khemah dan pentas khas juga akan didirikan di tepi jalan untuk upacara keagamaan dan kotai.

Jangan terkejut jikalau pada bulan ini, ada satu jalan yang dipasang khemah Bazaar Ramadhan dan di jalan sebelahnya pula dipasang khemah untuk menyembah Phor Thor Kong.

Kitakan rakyat Malaysia.
Inilah dunia sekarang yang kepelbagaian.
Bertuahnya kita di bumi Allah!
Semua ada. Semua peristiwa boleh dilihat dan direnung.
Semoga kita terus diberi taufik dan hidayahNya.
Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih bermakna, lebih mendekatkan kita padaNya, mengeratkan lagi tali siratulrahim dan mengajar kita apa ertinya kita menganut Islam dan bergelar hambaNya.
Selamat bersahur, dan Selamat Berpuasa.

Pengarang: Nur Aliya Yeoh
Artikel Asal: http://pukullima.blogspot.com/2009/08/bulan-ramadhan-vs-bulan-hantu-lapar.html

Sekadar untuk berkongsi dengan semua, cik Aliya merupakan seorang mualaf (cina muslim)


langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".

Once Upon A Time in Penang














































Artikel dari: 13may
Artikel Asal: http://tigabelasmay.blogspot.com/2009/09/once-upon-time-in-penang.html


langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".

Boria Dihina Orang Politik!


Terima kasih kepada orang-orang politik yang sering sebut mengenai 'boria' dalam ucapan-ucapan dan tulisan mereka. Cuma yang tak sedap didengar, apabila mereka hendak bercakap mengenai negeri Pulau Pinang ataupun rakyat Pulau Pinang, ada yang mempersendakan seni warisan boria ini.

Saya tidak berhasrat menamakan siapa dan di mana? Tapi ada antara orang-orang politik ini adalah rakan saya sendiri. Oleh kerana mereka sendiri tidak tahu mengenai boria, ada yang tulis tukang karang boria sebagai 'tukang karut'. Padahal 'tukang karut' sepatutnya ditujukan kepada pemain Dikir Barat dan bukannya boria. Ada yang sebut kononnya pemain boria pakai topeng... Tahun bila yang mereka tengok? Kalau tak tahu tak payah sebutlah....

Maka mereka pun mempermain dan memperlekehkan kesenian boria ini. Habis orang-orang boria dihentam mereka. Kononnya Melayu Pulau Pinang asyik berboria hingga habis tanah tergadai. Melayu Pulau Pinang leka dan lalai dengan boria. Asyik berseronok dengan boria... dan macam-macam lagi dilabelkan kepada 'boria' ini. Sedangkan, boria di Pulau Pinang ni pun dah hampir pupus... (dimana mereka lihat orang boria berkhayal sampai begitu sekali?).

Salah besarkah kalau penggiat boria hendak mempertahankan kesenian warisan Pulau Pinang ini. Apa kena mengena main boria setahun sekali hingga tanah kampung mereka tergadai... Kenapa mereka tak sebut tentang hip hop, black metal dan budaya kuning yang lain? Mungkin anak-anak mereka sendiri pun meminati budaya-budaya luar ini....

Kami penggiat boria di Pulau Pinang tidak pernah bermusuh dengan orang politik yang menghina boria ini. Ada antara orang-orang boria juga yang menyokong mereka dan pernah bermain di majlis mereka. Janganlah hina segala seni budaya warisan bangsa. Kalau nak kutuk orang tua-tua yang berdangdut dan berkaraoke hingga lewat malam itu terpulanglah... Kami orang boria tak masuk campur... Kalau nak berucap mengenai politik... cakaplah apa saja mengenai politik, jangan cakap mengenai boria yang mereka sendiri pun tak faham dan tak pernah tengok hanya nak sedapkan syarahan sahaja.... Rangkap karangan boria yang mereka sebut pun tak betul....

Untuk pengetahuan, Boria adalah antara Objek Warisan Tak Ketara (122 butiran warisan) yang telah diistiharkan awal tahun ini oleh Jabatan Warisan Negara.

Artikel Asal: http://warisanboria.blogspot.com/2009/08/ada-yang-hina-boria-dalam-ucapan-dan.html
Pengarang: OMARA
Blog Pengarang: http://warisanboria.blogspot.com/

Belasungkawa Buat Asri

Suatu berita yang mengejutkan aku tentang Asri Rabbani. Kini beliau telah pun pergi ke sisi Allah sepertimana lumrahnya yang bernama insan. Sesungguhnya aku turut merasa kehilangannya dalam dunia seni nasyid. Aku mengikuti perkembangannya sejak dari zaman NadaMurni lagi.

Aku juga turut menjadi ahli Fan Club Rabbani. Hampir setiap tahun aku akan menerima kad Hari Raya dari mereka. Aku juga kerap menjadi pemudahcara mereka bilamana JIM menjemput Rabbani membuat persembahan. Maka aku berpeluang jugalah berbual dan makan bersama mereka. Mereka memang mesra. Tapi Asri tak banyak berbicara. Di kalangan mereka dia dipanggil Ustaz.

( kad Hari raya kiriman Rabbani )


Masih ingat semasa Arqam membuat majlis makan malam di kawasan TNB Perai dan NadaMurni membuat persembahan. Di antara waktu persembahan itu mereka membuat acara selingan berbual dengan penonton. Aku memberanikan diri naik ke pentas dan Asri menyuruh aku menyanyikan salah satu dari lagu mereka. Aku pun capai mikrofon dan bantailah lagu nasyid tapi berhenti sekerat saja sebab aku terlupa lirik. Darah gemuruh. Pentas terasa tinggi rendah. Sebagai hadiah aku dapatlah hamper barangan Arqam.

( Poskad ini juga dikirim oleh Rabbani )


Lagu beliau yang aku minati ialah Subuh Yang Terakhir, Hanzalah, Kerlingan Cinta dan Munajat versi NadaMurni. Agaknya orang yang mempunyai bibir yang besar ni memang pandai bernasyid. Paling best bila tengok khalqumnya yang bergetar bila dia mengalunkan suara.

Muga Allah cucuri rahmat ke atas beliau. Dan semuga amal jariahnya selama ini berkekalan memberikannya pahala bagi menyuluh perjalanannya menuju Allah.

Seperti lazimnya. Peratusan kita mati dalam keadaan perbuatan yang lazim kita lakukan dalam seharian kehidupan adalah tinggi. Maka Asri khabarnya menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sedang menyiapkan slot Syahadah di RTM. Muga usahanya itu merupakan satu kerja dakwah yang diterima Allah.

Al Fatihah!

Pemilik Blog: Insan Marhaen
Artikel Asal: http://hafinah.blogspot.com/2009/08/belasungkawa-buat-asri.html

10 Fakta Tentang Nasi Kandar | Luthtextile



Hidup sebagai rakyat Pulau Pinang memang tak boleh lari dengan nasi kandar. Tempat korang ada banyak ke restoran nasi kandar? Kat sini bersepah. Pegi je mana - mana sudut, pasti akan jumpa restoran nasi kandar yang mana taukeh besarnya orang India muslim a.k.a Mamak. Apa yang menarik sangat nasi kandar ni? Korang tak pernah makan kat restoran nasi kandar? Taktau ke? Meh aku cerita sikit :

  1. Lokasi restoran nasi kandar ni memang strategik. Dah la strategik, besar pulak tu. Sedap mata memandang.

  2. Restoran nasi kandar buka 24 jam. Pegila masa mana pun, mesti ada lauk dan nasi untuk anda yang kelaparan. Tak payah nak susah makan megi.

  3. Kebanyakan restoran nasi kandar ada perkhidmatan Wifi percuma. So, ramai member aku yang takda internet dirumah tu, depa kerap pegi restoran mamak. Wifi dah free, cuma kena bayar bil air je. Hihi.

  4. Dah ada wifi, mestilah ada siaran secara langsung bola sepak. Sambil tengok bola ramai - ramai dengan kawan, boleh makan dan minum. Seronok bukan? Meriah je rasa.

  5. Lauk dikedai mamak sedap. Air yang dibancuh memang pekat. Kalau kopi memang rasa kaw, minum milo rasa milo dari susu. Tak macam kedai lain, tawar je. Kedekut milo agaknya. Gula pemurah pula.

  6. Abang waiter memang hensem belaka. Hidung mancung, rambut ikal mayang. Macam Datuk SRK pun ada.

  7. Pelayan kedai mamak gemar memakai uniform yang ceria. Hijau + kuning, biru + kuning, pink + hijau. Aduhai, memang matching la dengan kulit depa. Wakakka.

  8. Oleh sebab restoran depa terkenal, ia mudah dijadikan port untuk lepak - lepak bersama kawan - kawan. "Hello, nak sembang kat mana ni? Oh, Nasmir Perda ka? Ok Ok.. " Selalu macam tu.

  9. Sejuk mata memandang bila duduk dalam kedai depa, yelakan ada banyak ayat Al - Quran depa gantung. Alhamdulillah, makan berkat la sikit. Muafakat dapat. Hahaha.

  10. Perkhidmatan pelayan memang memuaskan. Ada setengah pelayan kedai mamak ni benar - benar mengutamakan pelanggan. Kalau oder 1 - 1 mereka memang taat dan patuh pada perintah. "Eh, mintak ais sikit" "Ok boss" "Macha, tisu ada?" "Roti canai satu" "Eh, roti canai lagi satu" "brader, roti canai lagi satu boleh?" "Dey, ini teh tarik kurang buih la, hang pi tambah buih boleh?"

Itu sajalah yang dapat aku ceritakan berkaitan perkara yang aku suka di restoran nasi kandar ni. Aiseh, mana boleh kan kalau kita tulis perkara yang kita suka je kan, penulisan seseorang mestilah seimbang, ada baik dan tak baik. Nanti kalau aku lapang, aku nak tulis pulak pasal perkara yang aku tak suka pasal restoran nasi kandar ni.

Kepada anda yang tak biasa datang makan di kedai mamak, percayalah cakap aku bila anda dah merasakan sendiri pengalaman di kedai nasi kandar. Wallahualam.

Artikel Asal: 10 Fakta yang Aku Suka Tentang Nasi Kandar
Pengarang: Luth
Blog Pengarang: http://www.luthtextile.com

Pengalaman Mengubat | Ariff Budiman

Aku menerima panggilan telefon dari anak saudara yang mengatakan anaknya asyik menangis dan mereka merasakan seperti ada sesuatu didalam rumah mereka. Aku mengajak isteri baruku untuk pergi kesana. Dalam perjalanan aku sempat bercerita serba sedikit tentang diriku. Senyap tak terkata apa dia. Aku tanya kenapa diam. Takut ke. Katanya tak pernah lagi mengikut orang berubat. Aku terus berkata yang dia akan terus mengikutku untuk mencari pengalaman.

Aku dapat merasakan sesuatu sebelum sampai. Dahiku berpeluh. Jantungku bergerak dengan laju. Aku berkata kepada isteriku bahawa rumah anak saudaraku ada yang tak kena. Sesampainya kami dihadapan terus aku membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan memberi salam. Masuk saja kedalam dan memang tepat firasatku. Dua ekor lembaga sedang mengekori suami anak saudaraku kemana saja dia pergi. Muka usah dikata la. Aku biarkan saja dulu dan melihat saja.

Aku terus bangun dan pergi kearah lembaga itu sambil membaca ayat suci Al-Quran aku terus menghembus kearah lembaga. Selepas dua kali aku hembus lembaga itu hilang namun dia masih berada dipadang permainan sebelah dengan keretaku. Aku rasa tak sedap hati. Ini memang kes berat. Selepas aku membaca ayat quran kepada cucu saudara kami pulang kerumah. Sepanjang perjalanan aku dapat merasakan bahawa lembaga itu mengekoriku duduk dibelakang aku dan isteri. Aku hanya mendiamkan diri sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk menenangkan hatiku. Takut juga aku nak beritahu pada isteriku. Mungkin dia belum bersedia untuk mendengar.

Sebelum kami masuk kedalam aku menyuruh isteriku membaca ayat kursi dan meminta dia hembus dibelakang. Bila dihembus lembaga itu hilang. Aku dapat merasai bahawa malam ini pasti aku akan diganggu lagi. Ketika sedang tidur aku merasakan bahawa ada benda yang sedang bermain rambutku. Sekejap meniup pipiku. Aku terus bangun dan membaca ayat suci al-quran. Aku tertidur dan didalam mimpiku, mereka datang dengan nada marah mengatakan bahawa aku mengganggu kehidupan mereka. Aku berkata bahawa kehiudpan mereka dan manusia berbeza. Dua lembaga itu itu tidak menghiraukan akan kata-kataku. Mereka menyerang aku dari setiap penjuru. Inilah pertama kalinya dalam hidup aku, aku diserang dengan dasyat.

Aku menggelupur seorang diri dan disedari oleh isteriku. Dia mengejutkan aku namun aku tidak dapat berbuat apa-apa. Bahu aku terasa sakit diterkam dengan kuat. Aku terus membaca ayat 9 dari surah yasin sambil aku bertempik Allah huakbar aku terus tiup kearah dua lembaga itu. Hilang serta merta dan aku tersedar dengan peluh membasahi tubuhku. Terkejut sungguh isteriku melihat keadaanku. Sehingga hari ini bahuku masih terasa amat sakit sekali akibat terjahan kuat dari dua lembaga.

Aku menceritakan peristiwa ini kepada anakku Hermawan. Marah dia kenapa tak ajak dia sama. Katanya kalau makcik perlukan pertolongannya jikalau diganggu benda halus, boleh talipon dia. Kataku bersedia ka kalau berlaku perkara ini. Katanya dia sudah bersedia dan aku yakin setelah melihat dia bertungkus lumus menolongku memulihkan ibunya ketika diganggu dahulu. Inilah pula masanya aku mendidik anak lelakiku memandangkan dia akan bernusafir ke Tanjung Malim dan ilmu ini perlu dia ketahui kalau terjadi apa-apa disana.

Pengarang: Ariff Budiman
Blog Pengarang: http://warna-nostalgia.blogspot.com/

Islam Itu Untuk Semua | Ariff Budiman



Cerita ini berlaku pada Mac 2008. Seperti biasa aku kesurau untuk menunaikan solat isyak berjemaah. Selesai melakukan solat, seorang pakcik yang merupakan siak surau mendapatkan aku,
"Budiman, esok Subuh boleh ka tolong bukakan surau sebab malam ini pak cik nak ke KL ziarah anak pak cik ".

" Baiklah pak cik insyaallah ".

Aku bersalaman dengan pakcik.

Pukul 11 malam aku tidur awal sebab esok aku perlu membuka surau. Bukan apa pernah satu ketika bila tiba waktu subuh, surau masih terkunci dan jemaah tidak dapat memasuki surau. Entah mengapa aku terasa aku tidur begitu lama. Sedar-sedar jam menunjukkan jam 5 pagi. Kalau aku sambung tidur balik alamat terjadi macam kes terdahulu pintu surau tak dibuka.

Aku mengambil keputusan kesurau awal sedikit. Keadaan ketika itu masih lagi sunyi dengan beberapa buah rumah yang terjaga awal. Aku membuka pintu surau dan terkejut kerana terdapat seorang lelaki sedang duduk berwirid dihujung surau. Jantung aku berdegup kencang antara takut dan tanggungjawab. Akhirnya aku buat tak tahu saja dan lelaki itu pun tidak ambil peduli langsung akan aku.Sambil membuka lampu aku mengerling kearah lelaki itu. Hairan sungguh. Dia tak rasa langsung yang aku membuka lampu kerana terlalu asyik berwirid.

Selesai solat subuh aku bergegas pulang kerumah lalu kuceritakan kepada isteriku,
" Siti, tadi ketika abang buka pintu surau abang nampak seorang lelaki sedang berwirid. Niat dihati nak tegur dia kalau-kalau tuah badan dapat juga sedikit ilmu "
. Segera isteriku menjawab,
" Sudahlah bang, cukup la Siti ada suami yang lain dari orang lain. Abang tak payahlah cari ilmu yang kita tak tahu amalannya. Nabi pun berperang sampai patah gigi baginda ".
Kata-kata isteriku ada kebenarannya. Dunia manusia dan jin berbeza. Namun kedua-duanya diwajibkan menyembah Allah. Aku terus terdiam tanpa membantah akan kata-kata isteriku. Isteri memang tahu akan kelemahan dan kebaikan sisuami. Kalau nasihatnya kita tak terima buat apa kita berkongsi kehidupan. Hilang terus minat aku ingat mendapatkan ilmu dari lelaki itu.

Pada malamnya diadakan kuliah maghrib dan lelaki itu masih berada ditempat tadi tanpa memperdulikan hadirin. Ustaz malam itu kuliahnya pun power juga. Bila tiba bab politik suasana menjadi hangat. Hangat disebabkan semangat yang disampaikan oleh ustaz tadi. Pertuturannya kadang-kadang terhenti seketika. Tiba-tiba ustaz berkata,
" Surau ini ada yang tak kena sebab ketika saya memberi kuliah agak payah nak keluarkan perkataan "
.Aku dah dapat agak sebabnya.

Kadang-kadang ketika memberi kuliah pun kita kena jaga adap-adapnya. Jangan terlalu menghentam walaupun ada kebenarannya. Mungkin ada sesetengah orang yang merasa tak selesa. Tapi kita seperti biasa akan berkata ,!!! Ah biarkan, siapa yang termakan cili dia akan merasa pedasnya. Ini kebenaran. Memang betul tapi biarlah disampaikan teguran secara ilmiah kerana yang mendengar bukan hanya manusia tetapi kelompok jin juga tidak ketinggalan.

Aku begitu kagum dengan kuliah seperti Ust Harun Din dan Ust Ismail Kamus. Mereka bukan calang-calang orang dalam bab jin ini. Tetapi kuliah mereka walaupun teguran ia merupakan teguran yang kita dengar amat manis sekali. Tidak menyakiti orang lain. Tuan Guru Nik Aziz kuliahnya begitu syahdu kita mendengar walaupun penuh dengan teguran. Aku memberi contoh mereka sebab aku begitu yakin mereka merupakan ulama yang disegani oleh masyarakat di Malaysia ini.

Selepas mendengar akan kata-kata ust tadi maka riuh juga orang ramai yang mengatakan bahawa surau ini ada hantu. Lalu beberapa orang mendapatkan aku meminta pihak surau membuat bacaan Yasin untuk menghalau hantu. Aku hanya terdiam dan kebetulannya keesokan harinya ialah Khamis maka tak perlulah dicanang-canang majlis membaca yasin untuk menghalau hantu. Akhirnya isu itu menjadi senyap dan aku tak pernah menceritakan kepada sesiapa pun kecuali isteriku. Dalam blog inilah tempat aku menceritakan segala apa yang terjadi dalam kehidupan aku dan ia adalah warna Nostalgiaku.

Allah berkata yang bermaksud," Tidak aku jadikan jin dan manusia hanyalah semata-mata untuk beribadat kepadaku ".

Artikel dari Ariff Budiman bin Zainal Abidin

Hidup Tanpa Isteri | Ariff Budiman

Artikel dari Ariff Budiman bin Zainal Abidin



Sewaktu aku menemani arwah Siti Aishah di hospital, Beliau telah diberi hadiah sebuah buku oleh seorang sahabat beliau. Buku yang bertajuk Hidup Tanpa Suami. Katanya, " Abang bacalah dulu. Siti nak terlelap sebentar ". Aku membiarkan isteriku lelap seketika sambil aku membaca cerita satu persatu. Semuanya berkisarkan tentang kisah isteri kepada tahanan ISA. Aku begitu kagum dengan semangat juang yang telah Allah berikan kepada mereka. Daripada seorang yang hanya menangis keseorangan mengenangkan nasib yang menimpa mereka dan akhirnya mereka bangun untuk menentang dan sekaligus mengubah penghidupan mereka.

Aku berfikir seorang diri bagaimana pula rasanya aku akan hidup tanpa isteri. Memang aku tidak sanggup. Setelah isteriku tersedar dia bertanya aku sudah dibaca atau belum buku itu. Aku hanya mengiakan saja. Tiba-tiba dia berkata, " Bang macam mana pula abang akan hidup tanpa isteri ". Aku terkejut dan hanya terdiam. Hampir setiap hari aku asyik memikirkan akan kata-kata ini. Akhirnya Allah jua yang mengetahuinya Siti Aishah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Begitu perit aku menanggung dugaan ini. Makan minum serta keadaan diriku tidak aku pedulikan. Aku begitu merindui akan arwah isteriku. Setiap hari aku pasti meratapi pemergiannya. Dimana saja aku pandang sudah pasti wajah isteriku yang aku lihat. Senyumnya, tangisan kesakitan bermain di hadapanku. Aku hampir menjadi gila. Bila aku pulang kerumah pasti aku akan meraung seorang diri bila melihat hasil kerja isteriku. Rupanya Allah kalau memberi dugaan pasti dia menyayangi orang itu. Setiap hari aku berdoa dan menyerahkan segala urusan jodohku kepadanya. Selepas 5 bulan Siti Aishah meninggalkan kami, aku telah bertemu jodoh alhamdulillah. Begitu cepat sekali aku mendapat jodoh kata rakanku.

Semuanya berjalan dengan baik. Kini tinggal 8 hari lagi aku akan melangkah kealam yang baru. Alam yang pastinya mempunyai dugaan yang lain. Hari ini sahabat baik Siti Aishah telah mengadakan gotong royong membersih rumahku. Mereka menggunakan kepakaran yang sedia ada untuk mengubah corak baru dalam rumahku. Kini rumahku yang suatu ketika tersusun rapi dan kemas, kemudian bertukar menjadi seperti tempat medan pertempuran selepas kematian isteriku. Kini ia begitu kemas dan aku merasa amat tenang sekali. Bila aku melihat bilikku, hilang terus gambaran yang lama selepas ia bertukar posisi.



Terima kasih tak terhingga kepada mereka semua. Walaupun ada tugasan dirumah, namun suami mereka mengizinkan mereka datang untuk membantu aku. Semoga Allah memberi keharmonian dalam rumahtangga mereka. Aku berdoa kepada Allah agar jodoh ini berpanjangan. Hampir 6 bulan aku begitu perit Hidup Tanpa Isteri. Semoga aku menyayangi si dia sepertimana aku menyayangi Siti Aishah.

Kita Mendidik Bukan Mendera | PSSPGM


"Cikgu silat di Batu Uban itu mengajar lembut sangat, badannya gemuk-gemuk dan pakai cerminmata."

Kata-kata ini masih aku ingati sehingga ke hari ini. Ianya datang dari seorang yang memang lama berkecimpong di dalam selok-belok silat apatah lagi silat Gayong. Dia memang hebat dan handal dan dengar kata ramai anak muridnya lari kerana tidak tahan untuk meneruskan bersilat dengannya. Pukulannaya keras, kunciannya kemas dan ilmunya tinggi. Cuma mereka yang cekal dan berani yang boleh mampu meneruskan bersamanya.

Namun aku diamkan sahaja kerana itu mungkin prinsip aku bila mengajar lembut, maka lembutlah. Mungkin mereka tidak mengetahui aku pernah melihat di depan mata, anak-anak buah yang terkeliat, patah tulang lengan, patah tulang kolar, pengsang, darah keluar dari mulut, hilang ingatan dan sebagainya. Apakah ertinya bila sudah patah-riuk sebegini, tentu masa depan yang mereka hadapi akan lebih sukar dan mengukarkan orang lain. Memang betul ini lumrah dan risiko belajar silat tetapi alangkah baiknya jika kita cuba sedaya upaya mengelakan atau mungkin mengurangkan risiko ini. Malang jangan ditempah musuh jangan di cari.

Mungkin beliau handal di sudut ilmu persilatan tetapi pernah pada suatu hari anak buahnya sendiri telah menalipon aku meminta bantuan untuk mereka membuka gelanggang di suatu tempat. Mereka diminta oleh pihak yang berwajib beberapa dokumen seperti Sijil Pendaftran Pertubuhan, surat perakuan, permit atau tauliah mengajar dan sebagainya.


Mereka telah menghubungi Cikgu Majid yang pada masa itu merupakan Setiausaha Agong pertubuhan kami. Cikgu Majid telah meminta mereka untuk menghubungi aku untuk membantu mereka membuka gelanggang baru tersebut dan memperolehi apa yang diminta oleh pihak yang berwajib itu. Aku pun diundang ke rumah mereka untuk berbincang perkara yang mereka hajati itu. Maka itulah kalam yang aku dengar tanpa mereka ketahui akulah cikgu silat yang mengajar lembut di Batu Uban itu.

Ramai orang bersilat untuk menjadi jaguh. Untuk menilai silat mana yang kuat. Tetapi aku bersilat kerana ingin mencari kawan. Ingin menarik kepada penghayatan Islam secara yang semampu boleh. Mereka yang menjadi murid silat amat taat dan hormat kepada gurunya. Kadang-kadang tangan kita ini dicium mereka setiap kali semasa berjumpa atau di dalam gelanggang. Tetapi yang anehnya tangan ayah dan ibu mereka sendiri langsung tidak pernah dicium. Setidak-tidaknya mungkin setahun dua kali. Itu pun sewaktu pagi Hari Raya sahaja. Jadi ambillah kesempatan ini mendidik anak-anak buah kita ini ke arah yang lebih baik. Mereka taat dan hormat kepada kita maka kita sayangi pula dan memberi sentuhan-sentuhan yang menyenangkan hati mereka.

Bukan jaguh silat semata-mata yang kita cari tetapi insan yang jaguh dalam membina modal insan yang lengkap. Rohani, jasmani dan mindanya yang tinggi dengan sikap yang mulia. Menjadi contoh dan senang didampingi. Berkemampuan memimpin rakan-rakan lain.Dalam masyarakat beliau dihormati dan disegani. Menjadi benteng negara. Ini semua memerlukan seni halus yang bijaksana. Mengajar bukan untuk mendera tetapi mengajar untuk mendidik. Kerahlah kemana-mana pasti mereka tidak menolak.

Lain hulu lain parang.
Lain dahulu lain sekarang.

Artikel Asal: http://pusakagayongpulaupinang.blogspot.com/2009/06/kita-mendidik-bukan-mendera.html
Blog Asal: http://pusakagayongpulaupinang.blogspot.com

Bukan Untuk Glamour | Musings of a Mualaf

"Mengapa menulis blog ini?"
Lama saya berfikir. Dilema. Nak terima atau tidak. Nak balas atau tidak.
Soalan itu yang membelenggu diri ini selama beberapa bulan.

Saya selesa menulis. Menulis blog ini bukan untuk melepaskan geram pada keadaan atau siapa-siapa. Menulis blog ini adalah sebagai satu perkongsian dan memberi pandangan dari sudut seorang yang baru menjadi Muslimah di dalam masyarakat Malaysia. Harapan saya, biarlah mereka yang membaca menyedari, memahami dan mengetahui dengan lebih baik lagi keadaan dan cabaran yang mungkin terpaksa dihadapi oleh wanita yang memeluk Islam. Semoga mereka yang membaca berubah ke arah kebaikan [insyaAllah] dan mereka yang mahu memeluk Islam menjadi lebih bertekad dan lebih kuat daripada saya sendiri.

Saya tahu, ada yang kurang menyenangi beberapa pendapat saya, khasnya mereka yang menganggap saya telah mencela mereka secara tidak langsung. Saya tahu tetapi oleh kerana mereka tidak menulis komen di sini atau menghubungi saya secara langsung [sekadar meluahkan kepada pihak ketiga] saya tidaklah hiraukan sangat. Saya tidak peduli sangat pihak yang pok-pek di belakang tanpa berani tampilkan diri menjelaskan ketidakpuasan hati atas penulisan saya :)

Saya hanyalah wanita biasa, seorang mualaf yang belum pun berusia 3 tahun. Bagi seorang kanak-kanak, usia 2 tahun setengah masih terlalu muda untuk berdikari dan masih memerlukan banyak bantuan dan perlindungan serta kasih sayang ahli keluarganya. Saya sedar saya masih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk memantapkan diri menjadi seorang Muslimah yang kuat dalam segala segi. Saya lebih berfokus kepada pembentukan akidah berbanding dengan soal fiqah semenjak memeluk Islam [bukan pilihan sendiri tetapi keadaan yang menentukan].
Oleh yang demikian, saya serba-salah apabila menerima jemputan untuk program tertentu. Tidak seperti pendakwah bebas yang lain, saya bekerja sebagai pegawai kerajaan. Sebagai seorang pegawai kerajaan, saya memerlukan kebenaran ketua jabatan untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti luar. Jemputan untuk menyampaikan ceramah sebagai seorang mualaf dalam program institusi pendidikan atau di masjid, saya terima dengan hati terbuka dan sebagai satu pengalaman berharga, dengan syarat mendapat keizinan serta ditemani suami. InsyaAllah saya akan cuba lakukan yang terbaik dalam penyampaian saya kelak.

Namun, saya terpaksa meminta maaf kepada pihak-pihak tertentu yang ingin menjemput saya ke program khas yang lain. Mohon maaf banyak-banyak, buat masa ini, saya belum bersedia menonjolkan diri secara live untuk tatapan semua rakyat Malaysia. Faktor jarak, faktor kerja dan komitmen lain juga perlu diambilkira.

Saya menulis blog ini bukan untuk menjadi popular atau untuk glamor.[ungkapan pelajar remaja saya]. Ini satu perkongsian dan satu peninggalan untuk tatapan semua sekiranya saya sudah tiada.
Saya meletakkan gambar dan nama sendiri kerana sebagai seorang blogger, saya mahu bertanggungjawab dengan apa yang saya tulis. [Orang Islam terutama yang menulis tentang Islam tidak perlu berselindung di sebalik nama samaran dan gambar ikon, sekiranya mahu mendapat kepercayaan pembaca].

Tahun ini, saya menerima jemputan menyampaikan ceramah dan syarahan kerana bagi saya, itu satu tanggungjawab sosial, yang mampu saya lakukan sekarang. Sekiranya tugasan itu terlalu berat, saya tidak akan terima. Oleh itu, saya belum bersedia lagi untuk melibatkan diri dalam siaran TV dan media massa yang lain buat masa ini. Minta maaf mereka yang berkali-kali menjemput, tetapi saya tetap dengan pendirian saya. Saya belum bersedia menerima tanggungjawab yang lebih berat itu, dan susulan daripada ditontoni melalui kaca TV lebih mengerunkan daripada mengujakan diri ini, hehehe. Mungkin apabila keadaan berubah dan apabila hati saya terbuka untuk berbuat demikian, saya akan terima jemputan berkenaan.

Apabila saya telah memeluk Islam, saya pernah meminta sesuatu yang khas kepadaNya. Mungkin berkat doa itulah, wujudnya blog ini. Allah swt yang Maha Mengetahui. Saya hanyalah hambaNya yang masih belajar, yang masih bertatih, yang masih sering lalai, dan yang lemah tanpa bimbingan dan kasihNya. Penulisan blog ini bukanlah untuk menunjukkan saya pandai atau saya lebih baik tetapi lebih berupa peringatan kepada diri sendiri supaya selalu bersyukur dengan segala rahmatNya.

Izinkanlah saya meneruskan blog dan doakanlah semoga mereka yang menziarahi ke sini mendapat petunjuk dariNya dalam pencarian mereka, insyaAllah.

Artikel Asal: http://pukullima.blogspot.com/2009/06/bukan-untuk-glamour.html
Blog Pengarang: http://pukullima.blogspot.com/
Pengarang: Aliya

Pasembor Padang Kota | Amerality



sejak balik dok kg ni..weekend ja aku borink gila..x tau nak pi mana and nk wat apa..hurm..so borink punya pasai aku ikot family aku lepak kat padang kota and kena pasemboq..aku ikot sebab nak makan pasemboq ja..kalau x mampuih aku nak ikot..mulanya nk pi pekena nasik kandaq beratur tapi mak aku malas nk beratur..takut kena beratur panjang...hahahha

lepas makan lepak2 tepi laut..lama x round2 penang katakan...so lepas 2 ronda2 then balik tdoq sebab dah konyang..huhuh




Artikel Asal: http://amerality.blogspot.com/2009/06/weekend-pasemboq-pown-boley-la.html
Blog Penulis: http://amerality.blogspot.com

Ibu Mertua Warga KBP Tenat - Ariff Budiman

Assalamualaikum, anda semua kenal dengan abang Ariff? Kita pernah menemubual saudara Ariff di KBP, anda boleh singgah disini untuk mengenal serba sedikit mengenai beliau atau terus keblognya untuk mengikuti kisah perjalanan hidup yang penuh ranjau suatu ketika dahulu.

Ini adalah berita yang kami dapat dari blognya,

27 Mei 2006 jam 6 pagi. Aku bertugas malam. Aku menerima panggilan talipon dari anak saudara yang mengatakan bahawa ibu mertuaku amat tenat sekarang. Inilah kali kedua ibu mertuaku tenat. Selepas menjalani pintasan jantung lebih kurang 10 tahun yang lalu. Kini ia penat semula dan aku masih lagi di tempat kerja.

Siti Aishah mewarisi sifat ibunya yang tidak banyak bercakap. Ibu mertuaku amat sayang dengan aku. Lebih-lebih lagi selepas kematian Siti Aishah. Ibu mertuaku tidak rugi melahirkan seorang anak yang solehah bernama Siti Aishah. Kepada pembaca tolong doakan agar Allah memberi yang terbaik kepada ibu mertuaku. Jumpa lagi. Nak talipon boss minta pulang awal sikit.


Marilah kita sama-sama doakan agar kesihatan ibu mertuanya kembali seperti sediakala.