Boria Dihina Orang Politik!
Terima kasih kepada orang-orang politik yang sering sebut mengenai 'boria' dalam ucapan-ucapan dan tulisan mereka. Cuma yang tak sedap didengar, apabila mereka hendak bercakap mengenai negeri Pulau Pinang ataupun rakyat Pulau Pinang, ada yang mempersendakan seni warisan boria ini.
Saya tidak berhasrat menamakan siapa dan di mana? Tapi ada antara orang-orang politik ini adalah rakan saya sendiri. Oleh kerana mereka sendiri tidak tahu mengenai boria, ada yang tulis tukang karang boria sebagai 'tukang karut'. Padahal 'tukang karut' sepatutnya ditujukan kepada pemain Dikir Barat dan bukannya boria. Ada yang sebut kononnya pemain boria pakai topeng... Tahun bila yang mereka tengok? Kalau tak tahu tak payah sebutlah....
Maka mereka pun mempermain dan memperlekehkan kesenian boria ini. Habis orang-orang boria dihentam mereka. Kononnya Melayu Pulau Pinang asyik berboria hingga habis tanah tergadai. Melayu Pulau Pinang leka dan lalai dengan boria. Asyik berseronok dengan boria... dan macam-macam lagi dilabelkan kepada 'boria' ini. Sedangkan, boria di Pulau Pinang ni pun dah hampir pupus... (dimana mereka lihat orang boria berkhayal sampai begitu sekali?).
Salah besarkah kalau penggiat boria hendak mempertahankan kesenian warisan Pulau Pinang ini. Apa kena mengena main boria setahun sekali hingga tanah kampung mereka tergadai... Kenapa mereka tak sebut tentang hip hop, black metal dan budaya kuning yang lain? Mungkin anak-anak mereka sendiri pun meminati budaya-budaya luar ini....
Kami penggiat boria di Pulau Pinang tidak pernah bermusuh dengan orang politik yang menghina boria ini. Ada antara orang-orang boria juga yang menyokong mereka dan pernah bermain di majlis mereka. Janganlah hina segala seni budaya warisan bangsa. Kalau nak kutuk orang tua-tua yang berdangdut dan berkaraoke hingga lewat malam itu terpulanglah... Kami orang boria tak masuk campur... Kalau nak berucap mengenai politik... cakaplah apa saja mengenai politik, jangan cakap mengenai boria yang mereka sendiri pun tak faham dan tak pernah tengok hanya nak sedapkan syarahan sahaja.... Rangkap karangan boria yang mereka sebut pun tak betul....
Untuk pengetahuan, Boria adalah antara Objek Warisan Tak Ketara (122 butiran warisan) yang telah diistiharkan awal tahun ini oleh Jabatan Warisan Negara.
Artikel Asal: http://warisanboria.blogspot.com/2009/08/ada-yang-hina-boria-dalam-ucapan-dan.html
Pengarang: OMARA
Blog Pengarang: http://warisanboria.blogspot.com/