Hendak sertai kami? Sila lah ke sini dan jika anda hendak berkongsi artikel di sini, hantarkan karya anda disini.

Startup Day Penang | Startup Weekend Malaysia

Assalamualaikum Warga Pulau Utara dan Salam 1 Malaysia.



Bidang perniagaan bukanlah satu perkara yang sukar kerana ia hanya memerlukan modal untuk memulakan perniagaan. Tetapi untuk memastikan perniagaan itu berjalan dengan lancar dan stabil, peniaga tersebut perlu menimba ilmu dari insan yang lebih berpengalaman, insan yang hidup dalam bidang perniagaan dan lain-lain. Kami ada berita baik untuk semua yang berminat / mempunyai idea / kekurangan idea / mencari rakan niaga dan lain-lain.

Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA) yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Koperasi Suruhanjaya Malaysia) pada bulan Jun 2009, adalah badan bukan kerajaan yang bernaung dibawah Kelab Usahawan Sosial, Pusat Internet Desa (PID), Balik Pulau. KUMUDA menjemput anda semua untuk mendaftarkan diri ke "Startup Day Penang" yang akan melangkahkan kaki buat pertama pertama kali di Asia!


Apakah "Startup Weekend"?


Program ini dianjurkan hasil kerjasama Warisan Global dan Kedutaan AS di Malaysia di mana siri bengkel dari Amerika Syarikat ini datang ke Malaysia buat julung-julung kalinya!

"Startup Weekend" ialah satu bengkel / kursus bagi sesiapa yang merasakan dirinya seorang usahawan, yang merasakan dirinya berpotensi untuk menjadi usahawan berjaya dan yang mempunyai minat mendalam untuk menjadi usahawan baru. Peserta akan berkesempatan untuk berkongsi idea untuk memulakan sesuatu perniagaan, mencari rakan niaga dan juga mendapatkan nasihat daripada para usahawan yang sudah lama menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Acara ini telah diadakan lebih daripada 80 buah bandar di seluruh dunia, menjadi inspirasi kepada lebih daripada 16,000 usahawan dan telah mencetuskan lebih daripada 700 syarikat baru. Ini adalah peluang yang sukar dicari.


Kenapa Anda Perlu Daftar?

1. CO-FOUNDER 'DATING' (Suaikenal Pengasas!)

Bina rangkaian dengan insan-insan yang berfikiran serupa, dan cari rakan pengasas atau usahasama yang berpotensi!

2. PENDIDIKAN

Pelajari bagaimana untuk mengumpulkan strategi sebenar dan mendapatkan maklumbalas berkaitan daripada para pakar dan mentor

3. PELAJARI TENTANG MELANCARKAN IDEA ANDA

Ketahui semuanya tentang misi, sasaran pasaran, strategi-strategi pemasaran, ledakkan idea perniagaan dan prototaip, dan terima maklumbalas daripada para pakar, jurucakap dan mentor.

4. LANCARKAN PERNIAGAAN ANDA!

Lebih 36% graduan Startup Weekend yang memulakan perniagaan terus aktiv selepas tiga bulan! Bandingkan dengan hanya kurang daripada 5% usahawan yang berjaya kalau memulakan perniagaan tanpa bantuan mentor yang sesuai. Cukup ramai usahawan terkandas dalam kurang daripada 90-hari dari tarikh permulaan perniagaan. (Malah beberapa usahawan penggerak KUMUDA sendiri agak terkandas teruk pada awal penubuhannya, dan kami sedia berkongsi pengalaman !!)

Info Mengenai "STARTUP DAY PENANG"

Tempat: Hotel Sunway, Georgetown, Pulau Pinang.
Tarikh: 18hb & 19hb Oktober 2010
Anda boleh mendaftarkan diri sebagai salah seorang peserta "STARTUP DAY PENANG" di laman web, http://startupday.pp.my 
BERITA BAIK!



Buat pengetahuan semua, KUMUDA memberikan diskaun sebanyak 15% (untuk ahli KUMUDA) dan 10% (untuk bukan ahli) bagi sesiapa yang mendaftar sebelum Sabtu (9 Oktober 2010) ini.






Pendaftaran Awal (Ahli KUMUDA) (15% Diskaun)
Okt 09, 2010
RM85.00




Pendaftaran Awal (Bukan Ahli KUMUDA ) (10% Diskaun)
Okt 09, 2010
RM90.00




Harga Biasa
-
RM100.00




KUMPULAN/TAJA Pelajar (3-5) (15% Diskaun)
Okt 15, 2010
RM85.00




Pakej KUMPULAN/SOKONGAN (6 dan lebih) (20% Diskaun)
Okt 18, 2010
RM80.00







langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".