Assalamualaikum Warga Pulau Utara dan Salam 1 Malaysia.
Bidang perniagaan bukanlah satu perkara yang sukar kerana ia hanya memerlukan modal untuk memulakan perniagaan. Tetapi untuk memastikan perniagaan itu berjalan dengan lancar dan stabil, peniaga tersebut perlu menimba ilmu dari insan yang lebih berpengalaman, insan yang hidup dalam bidang perniagaan dan lain-lain. Kami ada berita baik untuk semua yang berminat / mempunyai idea / kekurangan idea / mencari rakan niaga dan lain-lain.
Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA) yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Koperasi Suruhanjaya Malaysia) pada bulan Jun 2009, adalah badan bukan kerajaan yang bernaung dibawah Kelab Usahawan Sosial, Pusat Internet Desa (PID), Balik Pulau. KUMUDA menjemput anda semua untuk mendaftarkan diri ke "Startup Day Penang" yang akan melangkahkan kaki buat pertama pertama kali di Asia!
Apakah "Startup Weekend"?
Program ini dianjurkan hasil kerjasama Warisan Global dan Kedutaan AS di Malaysia di mana siri bengkel dari Amerika Syarikat ini datang ke Malaysia buat julung-julung kalinya!
"Startup Weekend" ialah satu bengkel / kursus bagi sesiapa yang merasakan dirinya seorang usahawan, yang merasakan dirinya berpotensi untuk menjadi usahawan berjaya dan yang mempunyai minat mendalam untuk menjadi usahawan baru. Peserta akan berkesempatan untuk berkongsi idea untuk memulakan sesuatu perniagaan, mencari rakan niaga dan juga mendapatkan nasihat daripada para usahawan yang sudah lama menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Acara ini telah diadakan lebih daripada 80 buah bandar di seluruh dunia, menjadi inspirasi kepada lebih daripada 16,000 usahawan dan telah mencetuskan lebih daripada 700 syarikat baru. Ini adalah peluang yang sukar dicari.
-
SINGAPURA memisahkan diri dari Malaysia dan menjadi negara republik pada
tahun 9 Ogos 1965.
Dengan mengambil kira populasi penduduk waktu itu kira-kira 1...
Last update: 2 weeks ago | http://faqar.blogspot.com/