Hendak sertai kami? Sila lah ke sini dan jika anda hendak berkongsi artikel di sini, hantarkan karya anda disini.

Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Hai, cantik kain. Nak tolong jaga boleh ?

Nukilan : Jang - Student UTHM 
Blog : http://blog-panjang.blogspot.com/


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Lama aku tak post entry, so ni lah satu muhasabah tuk diri masing-masing. hehe

Mengambil tahu tentang hal orang lain merupakan perkara yang tercela juga, iaitu mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengan diri kita, ataupun jika perkara itu memang ada berkaitan dengan diri kita, tetapi kita telah berlebih-lebihan dari kadar yang perlu. Perkara yang mengenai diri kita itu dapat dibicarakan dengan kata-kata yang ringkas, dan dapat juga dihuraikan becara bertperingkat-peringkat atau berulang-ulang.


Maka apa yang dapat dihuraikan dengan satu perkataan, jika ditambah menjadi dua perkataan, maka perkataan yang kedua itu adalah fudhul, yakni berlebihan-lebihan dari kadar yang perlu, dan ini ini juga adalah tercela sebagaimana yang telah diterangkan di atas, meskipun ia bukanlah dosa atau bahaya.


Ketahuilah bahawa fudhul atau kata-kata yang berlebihan-lebihan itu tidak ada batasan yang tertentu, tetapi yang penting untuk kita mengetahui ialah apa yang tertera di dalam kitab Allah Ta’ala dalam firmanNya:
“Tidak ada gunanya pada kebanyakkan dari bisikan-bisikan mereka, melainkan sesiapa yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat baik ataupun mengadakan perdamaian antara bangsa manusia.” (an-Nisa’: 114)

Bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Berbahagialah sesiapa yang menahan fudhul (berlebih-lebihan) dari lidahnya dan membelanjakan kelebihan dari hartanya.”

Cuba anda perhatikan bagaimana manusia menterbalikkan perkara ini. Mereka lebih suka menahan kelebihan harta kekayaan mereka dan melepaskan secara sewenang-wenangnya perkataan yang berlebihan-lebihan dari lisannya.
Berkata Atha’: Orang-orang yang mulia sebelum kamu sangat membenci berlebihan-lebihan dalam tutur kata. 



Mereka menganggap semua kata-kata itu adalah fudhul, selain kata-kata dari kitab Allah, sunnah Rasulullah, ataupun suruhan berbuat kebajikan, cegahan dari berbuat kemungkaran, ataupun berkata sesuatu yang perlu dalam kehidupanmu yang tidak boleh tidak mesti kamu lakukan.


 Apakah kamu mahu mengingkari adanya Malaikat penjaga Kiraman Katibin (Malaikat-malaikat yang mulia sebagai pencatit). Berada di kanan dan di kiri. Apa yang disebutkan dari kata-kata melainkan ada di sisinya Raqib dan Atid. 


Tidakkah seseorang kamu merasa malu bila diserahkan buku catatannya kelak, telah terpenuhi di dalamnya bahawa segala perbuatannya di siang hari kebanyakkannya bukan daripada urusan-urusan agamanya ataupun dunianya.
Berkata Ibnu Umar: Perkara yang paling patut disucikan oleh seseorang ialah lidahnya.


Dalam sebuah atsar pula: Tiada seseorang pun yang diberikan sesuatu yang paling huduh daripada sifat berlebihan-lebihan dari lidahnya.

Ingat, nak jaga boleh, macam kawan-kawan, dia tak makan sehari ke, asyik tido je kat bilik, muka berkerut ke, kenalah ambil tahu, mungkin-mungkin dia tengah sakit ke masa tu. Ingat, nak jaga boleh, berlebih-lebihan sehingga menimbulkan kemarahan seseorang itu merupakan sikap yang tercela malah tidak professional.
Sekian.

Kegagahan Wanita dan Kecantikan Lelaki | akudinda



Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

  1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
  2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
  3. Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
  4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
  5. Lelaki yang baik sangka
  6. Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

  1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
  2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
  3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
  4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...

Profil Pengarang: AkuDinda
Artikel Asal: Kegagahan wanita dan kecantikan lelaki
Blog Pengarang: AkuDinda

Kelebihan Seorang Wanita | SriKandiPutri



Saya bangga menjadi sebahagian bakal ibu yang diwajibkan anaknya taat 3kali lebih dari sang ayah.

Saya tahu dan bersyukur yang setiap kali wanita beranak, setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan anak di kira mati syahid dan dosanya diampun ALLAH sehingga ia seperti bayi yang baru dilahirkan.

Saya tahu dan bersyukur kerana walaupun lelaki menerima pusaka lebih berbanding wanita, tapi lelaki wajib menggunakan hartanya untuk menyara isteri, seorang wanita.

Saya tahu dan bersyukur apabila mengetahui di akhirat kelak, seorang lelaki belum tentu masuk syurga sekiranya gagal menunaikan tanggungjawabnya terhadap 4 wanita iaitu : Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Saya tahu dan bersyukur apabila Baba saya berpesan supaya menjadi isteri yang solehah. Kerana isteri yang solehah akan masuk shurga 500 tahun lebih awal dari suami, sedang suami masih berada di bawah Arasy.

Juga apabila saya mengetahui, seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 2 syarat sahaja: Suami redha dan Allah redha.

Saya terharu dan bersyukur apabila dititip pesan oleh guru saya yang seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Subhanallah. sayangnya ALLAH pada wanita.

Artikel Asal: jangan kamu tidak bersyukur menjadi perempuan.
Artikel Oleh: Srikandiputri - Rasa Sayang: Bila Hati Berbisik
Gambar Oleh: areMaL

Penulisan Blog Yang Baik | Khairil


Ibarat kata pepatah "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" itulah yang dapat di gambarkan terhadap dunia blog sekarang ni...boleh dikatakan satu perkembangan sihat dalam dunia blog di Malaysia tapi banyak yang baru nak mula menulis blog masih tercari² identiti sendiri.

Menulis kalau tanpa merancang ibarat macam syok sendiri terutama kepada mereka yang menjadikan blog sebagai blog peribadi...sorry aku mengatakan kalau dalam sehari, tiga empat kali update pun kalau cerita pasal entah apa² baik tak payah nak cerita...tak kan setiap detik setiap masa nak bagi tau apa aktiviti yang buat dalam sehari...(pendapat aku saja)

Disebabkan dulu, aku ada mengatakan bukan senang nak menjadi seorang blogger...jadi di sebabkan kita sama² pilih untuk jadi blogger, terpaksa kena kreatif sikit dalam setiap entry yang hendak dihasilkan...(terpulang la pada setiap individu nak tulis macam mana)

Nak menulis mestilah ada idea yang menarik dan tujuan entry tu dihasilkan...kalau tak pembaca tak dapat apa yang hendak kita sampaikan dalam entry tersebut...Dibawah aku senaraikan beberapa point sebelum menulis sesuatu entry :


1. Kaji kehendak pembaca

  • Banyakkan blog walking untuk membezakan entry kita dengan entry blogger² lain yang berjaya menarik pengunjung...dengan ni kita dapat tahu kehendak pembaca.
  • Cuba letakkan diri kita di tempat pembaca, dengan cara ni kita dapat tahu macam mana nak menghasilkan entry yang lemak berkrim disukai ramai.
  • Cuba belajar dengan mereka yang dah lama berblog dan yang dah berjaya...tanya pendapat, nasihat dan tunjuk ajar dari mereka yang lebih dulu makan garam dalam dunia blog.

2. Pengggunaan font dan warna

  • Tak digalakan mengunakan font yang terlalu besar dan pemilihan warna yang agak contra dengan background layout masing²...sebab mata memainkan peranan yang penting di sini.

3. Cara penulisan

  • Banyak cara dan gaya penulisan dalam menulis blog dapat di hasilkan...jangan fokus kepada satu genre penulisan yang kita suka dan cuba bereksperimentasi dengan pelbagai² jenis penulisan yang lain...jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

4. Penggunaan bahasa

  • Setiap orang ada gaya penulisan masing²...jadi terpulang la macam mana nak tulis tapi tak digalakkan mengunakan bahasa yang agak kasar dan pasar.

5. Pembahagian perenggan

  • Sebelum nak menulis rancang dulu berapa banyak ayat yang hendak ditulis dan yang penting buat perenggan...jangan bagi pembaca korang baca dengan senafas tanpa henti...lagi satu agak serabut kalau nak tengok entry yang tak berperenggan.

ok lima saja dapat senaraikan buat masa ni...kalau sapa nak lebih² google la sendiri... kepada sesiapa yang rasa aku tipu, sila abaikan entry ni dan setiap orang ada pendapat masing² dan apa yang aku tulis hanyalah pendapat aku semata², jadi tak semestinya semua orang sependapat dengan apa yang aku tuliskan...Sekian.

Artikel Asal: Menulis Blog Pun Susah Juga
Penulis: Khairil
Blog Penulis: Khairil's Lifestyle

Bloglist kini telah mencapai 108!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga KBP!

Setelah hampir beberapa bulan aktif, bloglist KBP telah mencecah 108! Terima kasih yang tak terhingga kepada semua warga KBP kerana tanpa sokongan anda, KBP takkan mencecah angka ini.

Disamping dapat berkongsi maklumat sesama kita, kita dapat juga dapat berkongsi pengalaman, berkongsi informasi-informasi yang berguna, gambar-gambar yang menarik, dan macam-macam lagi!

Semoga pada suatu hari, kita dapat bersua muka agar persahabatan ini tidak terhad kepada alam siber sahaja dan semoga persahabatan yang terjalin diantara kita dapat merapatkan silaturrahim antara kita :D

Sekian sahaja untuk artikel kali ini. 

Wassalam