Hendak sertai kami? Sila lah ke sini dan jika anda hendak berkongsi artikel di sini, hantarkan karya anda disini.

Kelebihan Seorang Wanita | SriKandiPutri



Saya bangga menjadi sebahagian bakal ibu yang diwajibkan anaknya taat 3kali lebih dari sang ayah.

Saya tahu dan bersyukur yang setiap kali wanita beranak, setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan anak di kira mati syahid dan dosanya diampun ALLAH sehingga ia seperti bayi yang baru dilahirkan.

Saya tahu dan bersyukur kerana walaupun lelaki menerima pusaka lebih berbanding wanita, tapi lelaki wajib menggunakan hartanya untuk menyara isteri, seorang wanita.

Saya tahu dan bersyukur apabila mengetahui di akhirat kelak, seorang lelaki belum tentu masuk syurga sekiranya gagal menunaikan tanggungjawabnya terhadap 4 wanita iaitu : Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Saya tahu dan bersyukur apabila Baba saya berpesan supaya menjadi isteri yang solehah. Kerana isteri yang solehah akan masuk shurga 500 tahun lebih awal dari suami, sedang suami masih berada di bawah Arasy.

Juga apabila saya mengetahui, seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 2 syarat sahaja: Suami redha dan Allah redha.

Saya terharu dan bersyukur apabila dititip pesan oleh guru saya yang seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Subhanallah. sayangnya ALLAH pada wanita.

Artikel Asal: jangan kamu tidak bersyukur menjadi perempuan.
Artikel Oleh: Srikandiputri - Rasa Sayang: Bila Hati Berbisik
Gambar Oleh: areMaL