1. Ceritakan serba sedikit tentang anda.
Nama yang mak bapak saya bagi agak pelik disegi ejaan saya pun tak tahu kenapa. Nama penuh saya Arzaman Sulaiman dah tua kini berusia 49 tahun. Saya ada seorang isteri Norlia dan enam orang anak. Saya pernah bekerja dibeberapa sektor yang berlainan. Kini bekerja di sektor industri disamping menjadi penulis bebas dan menjadi pengeluar produk X-LALAT dan insya Allah beberapa produk lain akan menyusul dalam waktu yang terdekat. Saya telah lama menulis dan kini tengah menyiapkan novel sulung untuk DBP.
2. Sejak bila anda berminat dengan blog? Sila sertakan link untuk blog anda
Sebenarnya telah lama saya berhajat untuk punya blog. Beberapa tahun lalu saya dan sahabat saya telah menemui seorang wanita melayu yang cantik dan bersopan tujuan untuk mengupah beliau membina web kami, tapi malang sekali kami telah ditipu. Namun saya dan sahabat saya tidak pernah berputus asa tetap beruseha mencari jalan untuk memiliki web sendiri. Alhamdulillah akhirnya saya bertemu dengan blogspot.com maka akhirnya di sekitar bulan oktober 2007 lahir terus tiga blog dan selepas itu satu demi satu blog yang muncul. http://nurzamanonline.blogspot.com/
3. Anda rasa blog anda sebagai satu hobi ataupun sebagai 'kawan'? Kenapa?
Bagi saya blog bukan hobi dan juga bukan kawan. Bagi saya blog tempat saya merakam segala peristiwa penting mengenai saya dan keluarga, blog juga menjadi tempat mengemukakan pandangan, tempat saya berdakwah malah menjadi tempat saya untuk belajar berniaga di dunia maya. Jadi dunia blog amat penting buat saya dan menjadi saluran komunikasi.
4. Apakah pendapat anda mengenai "Komuniti Bloggers Penang"?
Tahniah kepada anda kerana membina blog ini. Blog KBP ini amat baik kerana dari sini kita dapat tahu mana-mana blogger-bloger yang berlambak itu berasal dari penang dan saya amat berharap semua bloger yang terdapat di pulau pinang untuk mendaftar dan saya juga berharap pada sautu hari nanti kita bloger di KBP dapat bertemu muka bertukar-tukar pendapat dan pandangan.
5. dan kata-kata terakhir anda untuk sahabat-sahabat di bloggers penang?
Satu nasihat saya gunakanlah kemajuan teknologi ini sebaik mungkin yang dapat memberikan faedah dan manafaat kepada diri dan anak bangsa. Jangan sekali-kali menyalahgunakan kemudahan ini sepertimana yang pernah saya dan omara lalui. Apa guna kita menipu orang, kalau kita hidup kaya raya sekalipun hati dan jiwa kita tidak akan senang malah yang paling ditakuti balasan Allah swt kepada kita. Jadi sekali lagi gunakan kemudahan teknologi untuk kepentingan diri,ummah dan negara.
langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
Last update: 1 day ago | http://novandri.blogspot.com/