Hendak sertai kami? Sila lah ke sini dan jika anda hendak berkongsi artikel di sini, hantarkan karya anda disini.

Interview: Intan


1. Ceritakan serba sedikit tentang anda.

Assalamualaikum, hi..panggil aje saya intan@intanmgm, saya ni orang penang sejati hehe..lahir kat penang, tinggal kat penang, kerja pun kat penang! Saya ni memang anak mami pun hikss…berkerja di USM penang…umur biarlah rahsia hahaha..hmm..apalagi ya…saya ni bukan jenis peramah sangat, tapi lebih kepada pemalu hehe…kadang2 orang ingat saya ni jenis sombong tapi sebenarnya tak pun Cuma lambat nak mesra..tapi kalau dah kenal lama dan boleh satu kepala..mmg dah hilang pun sifat pemalu tu hehehe..

2. Sejak bila anda berminat dengan blog? Sila sertakan link untuk blog anda

Minat dengan blog ni bermula apabila saya selalu melawat laman web alaf21 dan kemudian melayari blog2 penulis-penulis novel..disitu sebenarnya timbulnya minat nak ada blog sendiri..saya ni suka sangat baca novel dan perkembangan terbaru penulis2 novel kegemaran saya..sebab tu satu hari saya terbaca satu artikel bagaimana cara nak memulakan penulisan blog di satu web komuniti VF, so dari situlah saya cuba mengcreate blog sendiri dan seorang sahabat alam maya menolong saya dalam membuat blog, maklumlah saya ni bukan reti sangat pasal blog. Ni link blog saya http://marzalina707.blogspot.com/

3. Anda rasa blog anda sebagai satu hobi ataupun sebagai 'kawan'? Kenapa?

Dah tentu saya anggap blog tu sebagai kawan sebab hanya melalui blog saja saya dapat menghilangkan segala stress dan berkongsi kisah hidup dengan kawan kawan alam maya ni…saya ni jenis suka menulis, so memang berblogging ni sesuai sangat dengan jiwa saya ni hehehe..

4. Apakah pendapat anda mengenai "Komuniti Bloggers Penang"?

Bagi saya Komuniti blogger penang ni memang baguslah sebab dari sini dapat saya berkenalan dengan rakan2 blogger yg berasal dari penang, selain itu dapat bertukar tukar buah fikiran dan menjalinkan silaturahim antara ahlinya.

5. dan kata-kata terakhir anda untuk sahabat-sahabat di bloggers penang?

Salam perkenalan dari saya…sudikanlah jadi rakan blog saya yer…dan selamat berblogging

langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".