Interview: Munirah
1. Ceritakan serba sedikit tentang anda.
Saya Munirah Hashim, panggil saja munirah. Dilahirkan di Pulau Pinang, tinggal pun di Pulau Pinang. Saya kini bekerja sebagai computer trainer di Bandar Sunway, Penang.
2. Sejak bila anda berminat dengan blog?
Saya berminat dengan blog sejak dari awal tahun lagi, semasa saya baru bekerja. Hari-hari kena ajar orang buat blog, so secara tak langsung saya sendiri kena ada blog. Bila dah ada blog, kena la update hari-hari. [anda boleh singgah diblog beliau di Villa Hang Tuah]
3. Anda rasa blog anda sebagai satu hobi ataupun sebagai 'kawan'?
Saya rasa blog saya adalah sebagai kawan. Saya menulis untuk berkongsi apa yang terjadi kat saya dan pada masa yang sama menjadi tempat untuk saya luahkan perasaan. Walaupun tak banyak cerita menarik nak dikongsi tetapi harap-harap boleh buka ruang kepada orang lain nak kenal saya dengan lebih dekat lagi.
4. Apakah pendapat anda mengenai "Komuniti Bloggers Penang"
Saya tengok blog ini sebagai tempat untuk saya mencari info, banyak info yang saya dapat dari member-member blogger penang ni. Saya pun boleh tambah kenalan disini.
5. dan kata-kata terakhir saudari?
Saya ucapkan selamat berkenalan kepada semua. Marilah kita sama-sama memeriahkan komuniti blogger ini. Semangat! Semangat!
langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".